suria

Kamal Adli rindu anak, netizen sebak kenang nasib hidup tanpa ‘hero’… “Hawra mesti rindu sosok seorang ayah”

Kamal tidak dapat menahan kerinduan terhadap anak perempuannya.

PELAKON Kamal Adli tidak mampu menyembunyikan perasaan rindu yang mendalam terhadap anak perempuannya, Hawra Uqaira. 

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya, Kamal atau Ahmad Kamal Adli, 39, berkongsi luahan ringkas namun sarat dengan emosi seorang bapa yang sedang menahan rasa.

"Ayah terlalu rindukan kamu anak," luahnya. 

Luahan Kamal mengundang sebak dalam kalangan netizen.

Dalam perkongsian sama, Kamal turut memuat naik sebuah video yang memaparkan momen mesra dirinya bersama Hawra ketika mereka bergurau senda dan ketawa, sekali gus menggambarkan hubungan rapat antara bapa dan anak itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak mampu menahan sebak dan berkongsi pengalaman peribadi membesar tanpa kasih sayang seorang ayah. 

Tidak kurang juga yang meletakkan diri mereka di posisi Hawra apabila membayangkan perasaan seorang anak yang merindukan ayahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ini sangat melampau!” – Kamal Adli naik hantu, netizen sebar fitnah anak bukan darah daging sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Anak juga terkena tempias kecaman netizen, Uqasha Senrose luah rasa kecewa… “Teruk sekali orang benci ibu”

"Tak sanggup nak suruh Kamal kuat sebab saya membesar kurang kasih sayang ayah tetapi ayah selalu ada bila hari ambil kad laporan sekolah, bila telefon kena rampas. Sekarang saya selalu pesan dekat suami jadilah hero untuk anak-anak. Hawra perlukan ayah dia. 

"Semoga dipermudahkan urusan untuk jumpa anak. Saya di posisi Hawra, tak ada ayah disisi. Hawra mesti rindu sosok seorang ayah. 

"Kami doakan Kamal dan Uqasha dipermudahkan urusan dapat jaga Hawra sama-sama dengan baik," tulis netizen. 

Kemelut rumah tangga Kamal dan pelakon Uqasha Senrose menjadi perhatian ramai apabila aktres berkenaan memfailkan permohonan cerai pada 1 Oktober lalu. 

Namun, pada 18 Disember lalu, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur menasihati Kamal untuk melafazkan cerai terhadap Uqasha selepas Jawatankuasa Pendamai (JKP) gagal mencapai kata sepakat. 

Kamal meluahkan rasa rindu terhadap anaknya.

Bagaimanapun, peguam Uqasha iaitu Muhammad Syazmee Sapian berkata perkara tersebut tidak ditunaikan memandangkan Kamal masih mahu mempertahankan rumah tangga. 

Untuk rekod, Kamal dan Uqasha bernikah pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Hawra Uqaira yang kini berusia 19 bulan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain