PELAKON Kamal Adli berang apabila ada pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah bahawa Hawra Uqaira bukan darah dagingnya.
Kamal, 39, menyifatkan tuduhan tersebut sebagai sesuatu yang tidak munasabah, sekali gus menegaskan Hawra merupakan anak kandungnya bersama isteri, Uqasha Senrose.
“Ini sangat melampau! Terlalu melampau untuk manusia normal dan sebagai Muslim. Itu anak kandung saya!” katanya menerusi hantaran di Threads.

Kamal luah rasa bengang dengan tuduhan netizen.
Dalam hantaran tersebut, dia turut memuat naik tangkap layar komen netizen yang menuduh Hawra bukan anak kandungnya.
Dia juga berharap orang ramai berhenti menyebarkan sesuatu yang tidak benar sehingga menimbulkan fitnah terhadap keluarganya.
“Tolong manusia, kalau tiada apa yang baik hendak ditulis, tolong jangan sampai tahap ini,” luahnya.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Demi Allah, saya berani junjung al-Quran, saya tak pernah memukul dia” - Kamal Adli dah agak ‘permainan’ fitnah Uqasha Senrose
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Amaran keras Kamal Adli buat Uqasha Senrose, ‘coach cerai’
Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai yang rata-rata meminta agar Kamal mengambil tindakan terhadap individu berkenaan.
Menerusi ruangan komen, Kamal pula memberitahu perkongsian tersebut dibuat sebagai satu langkah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah menyebarkan cerita palsu.
Kemelut rumah tangga Kamal dan Uqasha menjadi perhatian ramai apabila aktres berkenaan memfailkan permohonan cerai pada 1 Oktober lalu.
Namun, pada 18 Disember lalu, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, menasihati Kamal untuk melafazkan cerai terhadap Uqasha selepas Jawatankuasa Pendamai (JKP) gagal mencapai kata sepakat.

Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 2021.
Bagaimanapun, peguam Uqasha iaitu Muhammad Syazmee Sapian berkata perkara tersebut tidak ditunaikan memandangkan Kamal masih mahu mempertahankan rumah tangga.
Susulan itu, mahkamah menetapkan prosiding perceraian antara pasangan berkenaan disambung pada 12 Januari 2026.
Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 19 bulan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


