suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Fahimi Rahmat lalui ujian berat sebelum sah bergelar suami, kehilangan bapa amat dirasai

Fahimi (kiri) selamat diijab kabul pada Ahad.

DALAM kegembiraan bergelar pengantin baharu, penyanyi Fahimi Rahmat juga tidak menyorokkan rasa sedih dalam hati. 

 

Fahimi atau Muhammad Fahimi Rahmat, 28, pemergian bapanya, Rahmat Ayop pada 28 November lalu menjadi antara ujian paling besar yang terpaksa ditempuh dalam fasa penting hidupnya itu.

"Dalam pada arwah abah pergi (meninggal dunia) pada 28 November lalu, terus mama pun berada dalam idah, banyak yang terjadi ujian demi ujian. 

Foto kenangan bersama keluarga.

"Sedih itu pasti namun di sebalik ujian ada hikmah yang dijanjikanNya insya-Allah," katanya. 

Fahimi berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya pada Isnin.  

Dalam hantaran sama, Fahimi turut berkongsi foto bersama adik-beradiknya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Fahimi Rahmat pelik dituduh ‘kacip’, rokok pun tak pernah sentuh

ARTIKEL BERKAITAN: Lagu ‘Matcha atau Kopi’ viral sampai Indonesia, Nazu dan Fahimi Rahmat tak sangka ramai suka

Bagaimanapun, ibu mereka tidak kelihatan dalam gambar tersebut dan dipercayai hanya mengikuti detik bermakna itu menerusi panggilan video memandangkan masih dalam tempoh idah.

Penyanyi lagu Matcha atau Kopi itu turut menitipkan doa serta luahan penuh makna selepas sah bergelar suami.

"Alhamdulillah, moga Allah berkati pernikahan ini dan menjadi asbab mendapat keredhaan dan takwaNya. 

"Kepada isteri, tiada bukti cinta seindah menghalalkanmu Alhamdulillah, 20 Disember (tarikh nikah)," ujarnya. 

Pada Ahad, Fahimi selamat bergelar isteri Bella iaitu kepada adik penyanyi Mal Hamka  dengan sekali lafaz pada Sabtu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain