LAGU Kopi gandingan Fahimi Rahmat dan penyanyi baru Nazu kini menjadi fenomena apabila ia sudah digunakan lebih 260,000 kali di media sosial.
Nazu atau nama sebenarnya Nor Azureen Saharin, 20, mengakui terkejut, namun bersyukur single pertamanya itu menerima sambutan luar biasa daripada netizen.
“Alhamdulillah, saya memang tak sangka boleh ‘blow up’ sampai tahap ini. Ia betul rezeki untuk saya sebab ini merupakan lagu pertama saya. Memang terkejut,” katanya kepada mStar.
Sementara itu, Fahimi, 28, berkata meskipun ramai yang menyukai, ada juga segelintir pendengar meluahkan rasa kurang senang terhadap lagu tersebut.
“Untuk penerimaan lagu ini, ada yang suka dan tidak. Mereka tak suka sebab selalu sangat lagu ini dimainkan sehingga menghantui mereka. Bagi saya itu perkara yang bagus sebab bermakna lagu ini sentiasa orang dengar,” ujarnya.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

































































































































































