suria

Alha Alfa tukar gaya rambut nampak lebih maskulin, peminat ‘mak-mak’ pula suka potongan pendek

GAYA baharu usahawan kosmetik Datuk Seri Alha Alfa menjadi perhatian ramai apabila dia kini tampil dengan rambut panjang sehingga ada yang menyifatkannya kelihatan lebih maskulin.

Alha atau nama sebenarnya Abdul Al Halim Mohd Al Fadhil, 37, bagaimanapun berkata dia sekadar ingin mencuba penampilan berbeza selain menjaga kesihatan rambut memandangkan bakal mengeluarkan produk penjagaan rambut sendiri.

“Tak adalah baru sangat pun, cuma kali ini saya saja nak cuba. Lagipun saya akan keluarkan produk rambut, jadi kenalah jaga rambut sendiri dulu,” katanya kepada mStar.

Mengulas mengenai reaksi netizen, Alha berkata rata-rata peminat tetap menerima gaya baharunya itu dengan baik walaupun ramai yang lebih menggemari imejnya berambut pendek.

“Semua terima sahaja, tak ada pun yang sampai kecam. Cuma ramai juga kata saya lebih sesuai dengan rambut pendek. Apa pun kalau rasa rimas nanti, saya potong balik,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi