MENJELANG sambutan ulang tahun ke-20 mStar, portal ini mengimbau kembali kisah ‘throwback’ anak seni dan selebriti ketika mereka berusia 20 tahun.
Untuk episod kali ini, mStar menampilkan pelakon dan penyanyi Izzue Islam yang berkongsi pengalamannya sebelum bergelar anak seni .
Cerita Izzue atau Muhammad Izzul Islam Mazlan, 35, dia pernah melakukan pelbagai pekerjaan demi mencari rezeki sewaktu awal berhijrah ke Kuala Lumpur.
Malah, dia pernah bekerja sebagai pembancuh air di sebuah restoran sebelum menjadi seorang selebriti.
“Waktu usia 20 tahun ketika itu saya bekerja sebagai pelakon tambahan sebab saya mula menjinak-jinakkan diri dalam industri hiburan sewaktu usia 19 tahun.
“Tapi semasa saya menjadi pelakon tambahan tu, saya melakukan pelbagai pekerjaan antaranya pernah bekerja di sebuah restoran sebagai pembancuh air.
“Kalau ingat balik ketika itu memang susah sebab saya cuba pelbagai pekerjaan janji ada bayaran duit dan saya akan lakukan, kalau pinjam duit dengan kawan tu memang sudah biasa,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

































































































































































