PELAKON Uqasha Senrose tidak dapat menahan kecewa apabila anaknya, Hawra Uqaira turut terkena tempias kata-kata kurang senang daripada netizen.
Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, berkongsi rasa sedihnya melihat Hawra menjadi sasaran kebencian yang sepatutnya hanya untuk dirinya.
"Uqaira, awak adalah anak saya. Terlampau jahat sangat kata-kata manusia sekarang. Ya ibu (Uqasha) sedih.

Uqasha sedih apabila anaknya turut menerima impak negatif di media sosial.
"Teruk sekali orang benci ibu tapi jangan sampai libatkan anak kecil yang tak bersalah ini," katanya.
Uqasha berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya pada malam Isnin.
Dalam pada itu, pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa ini turut mengimbau pengalamannya sebagai seorang ibu buat pertama kali.
ARTIKEL BERKAITAN: “Ini sangat melampau!” – Kamal Adli naik hantu, netizen sebar fitnah darah daging sendiri
ARTIKEL BERKAITAN: Dakwa diri diperlekeh, difitnah… Uqasha Senrose nafi mahu berpisah kerana wang, pilih maafkan netizen yang tak tahu apa-apa
Kata Uqasha, dia berterima kasih kepada semua yang membantunya membesarkan Uqaira serta menghargai bimbingan daripada ibunya sendiri.
"Saya pertama kali menjadi ibu, terima kasih kepada semua yang banyak tolong saya masa nak membesarkan Qaira dan nenda (ibu) pun banyak ajar.
"Saya bangga menjadi ibu. Rindu sewaktu Uqaira masih kecil. Dah tak boleh nak pusing masa suruh jadi bayi balik. Terus ke hadapan," ujarnya.
Sebelum ini, suami Uqasha iaitu pelakon Kamal Adli berang apabila ada pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah bahawa Uqaira bukan darah dagingnya.
Kamal menyifatkan tuduhan tersebut sebagai sesuatu yang tidak munasabah, sekali gus menegaskan Hawra merupakan anak kandungnya bersama Uqasha.

Uqasha mohon berhenti mengaitkan Uqaira dalam kontroversi rumah tangganya.
Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 19 bulan.
Uqasha bagaimanapun memfailkan permohonan cerai pada 1 Oktober lalu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


