PENYANYI Isaac Voo menutup tirai 2025 dengan langkah penuh berani menerusi pelancaran single keduanya dalam bahasa Melayu berjudul Singa.
Menurut Isaac, bulan ini membawa makna yang cukup istimewa buat dirinya apabila bukan sahaja menyambut ulang tahun kelahiran pada 12 Disember lalu, malah dapat menghadiahkan karya terbaharu buat peminat setia.
“Disember adalah bulan yang sangat istimewa buat saya. Menyambut hari lahir dan pada masa sama melancarkan Singa adalah satu pencapaian peribadi.

Isaac anggap Disember 2025 amat bermakna buatnya.
"Ini merupakan lagu Melayu kedua dan saya amat gembira dapat menghadiahkan lagu ini kepada semua peminat,” katanya.
Tambah Isaac, sokongan daripada industri seni amat dihargai dan dia berharap peluang yang diberikan dapat terus diperluaskan.
“Saya berharap stesen radio dan pihak media akan terus memberi ruang dan peluang kepada saya untuk berkongsi bakat.
"Saya juga terbuka untuk meneroka bidang lain dalam industri kreatif seperti lakonan dan peluang seni yang lain pada masa akan datang,” ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Isaac Voo teruja sertai PLKN 3.0, dapat pegang Rifle M16 pengalaman tidak dapat dilupakan
ARTIKEL BERKAITAN: Isaac Voo tumpang gembira, kongsi nasihat buat Lingling bina kerjaya jadi artis Kpop
Dari sudut penerbitan, Singa dirangka sebagai lagu berunsur motivasi yang memberi impak dan suntikan semangat, sesuai didengari sebagai pembakar semangat menjelang tahun baharu.
Ketua Bahagian Muzik Prodigee Asia Talent, Cheng Lee berkata, dia menyifatkan Singa sebagai simbol kematangan Isaac sebagai seorang artis.
“Sejak awal lagi, Isaac menunjukkan disiplin, karakter bertenaga dan identiti seni yang jelas.
"Singa mencerminkan kematangannya bukan sahaja dari sudut muzik, malah pemikiran sebagai artis. Ia satu kenyataan tentang arah tuju kerjayanya,” katanya.

Isaac sangat hargai sokongan industri terhadap perjalanan karier muziknya.
Menurut Cheng Lee, lagu itu dihasilkan dengan elemen keberanian dan kekuatan yang jelas daripada susunan muzik hingga ke penyampaian vokal.
“Semuanya mencerminkan keyakinan diri. Isaac hadir ke studio dengan visi yang jelas dan tenaga yang kuat. Ini bukan sekadar pelancaran lagu, tetapi langkah penting ke arah masa depannya,” tambahnya.
Single Singa kini sudah boleh didengari oleh pendengar sejak 19 Disember lalu di semua platform penstriman digital.
Lagu ini diterbitkan oleh pengurusan Isaac sendiri, Prodigee Asia Talent (PAT) manakala lirik dan komposisi hasil sentuhan dari, Shazriq Azeman dan Iqie Hugh.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


