suria

Isaac Voo teruja sertai PLKN 3.0, dapat pegang Rifle M16 pengalaman tidak dapat dilupakan

Isaac seronok timba pengalaman ketika menjalani PLKN 3.0.

PENYANYI Isaac Voo yang sedang menempa nama bersama kumpulan SKYE (IN2IT) di Korea Selatan menyertai Program Latihan Khidmat Negara 3.0 (PLKN 3.0) di Lapang Sasar Markas Wilayah Laut (Mawilla) Satu, Tanjung Gelang, Pahang.

Sudah lama memasang niat merasai pengalaman bergelar seorang askar, Isaac, 31, berkata, perasaan itu semakin membuak-buak apabila melihat rakan-rakan di Korea Selatan menyertai latihan ketenteraan. 

“Saya gembira sangat dapat sertai PLKN 3.0 kali ini dan pengalaman yang tidak akan saya lupakan.

Isaac teruja apabila berpeluang sertai PLKN 3.0.

"Memang dari dulu lagi saya teringin nak rasa macam mana jadi 'abang askar'. 

"Selama ini tengok kawan-kawan Korea masuk latihan tentera, kali ni saya sendiri rasa macam mana jadi askar," katanya.

Isaac berkongsi keterjuaan itu menerusi satu kenyataan kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Persembahan hambar kerana kurang sihat, Isaac Voo minta jangan salahkan juri... “Saya akan buktikan pada abang Ajai”

ARTIKEL BERKAITAN: Isaac Voo peserta pertama tersingkir ‘Big Stage 5’, juri guna Imuniti X selamatkan Naufal Azrin

Bercerita lanjut, Isaac juga tidak sangka dapat memakai seragam celoreng serta memegang senjata dalam PLKN 3.0.

Jelas Isaac, walaupun seronok dengan pengalaman yang ditimba, kerjaya sebagai seorang penyanyi tetap menjadi keutamaan.

"Memang tak sangka dapat peluang pakai baju celoreng dan pegang senjata sebenar Rifle M16 lagi tu! 

Isaac ketika memegang senjata sambil dipantau petugas di PLKN 3.0.

"Tapi jangan risau, saya bukan nak tukar profesion, apa boleh saya cakap, PLKN 3.0 memang seronok! Rugi kalau mereka yang tak sertai," ujarnya.

Isaac antara selebriti tanah air yang mempromosikan program PLKN 3.0 dengan harapan dapat menarik minat anak muda untuk sertai program berkenaan.

Selain Isaac, artis lain yang turut serta adalah Fattah Amin, Diana Danielle, Syaidatul Afifah, Amira Othman serta beberapa pempengaruh media sosial yang lain.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain