PELAKON Sweet Qismina menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati dan menjaga tutur kata apabila berbicara mengenai soal zuriat, terutamanya melibatkan pasangan suami isteri yang sedang berikhtiar mendapatkan anak menerusi Trying To Conceive (TTC).Sweet, 29, berkata isu cahaya mata bukan perkara remeh yang boleh dipandang ringan kerana setiap pasangan melalui ujian serta perjalanan emosi berbeza sebelum dikurniakan rezeki menimang anak. “Kadang ada yang terlepas cakap dan rasa benda itu remeh, tetapi orang yang mengalaminya tidak rasa perkara itu remeh. Ada yang rasa benda itu tidak sensitif, tetapi orang yang lalui akan rasa sensitif sebab kita tidak berada di tempat mereka.Sweet mohon orang ramai jaga tutur kata apabila bercakap soal zuriat.“TTC ini sangat sensitif. Saya sendiri terbuka apabila orang bertanya, tetapi mungkin ada sesetengah orang yang betul-betul mahukan zuriat dan sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya.“Mungkin disebabkan faktor usia atau perkara lain yang kita sendiri tidak tahu. Jadi, kita perlu menghormati perasaan mereka kerana setiap orang mempunyai perasaan yang perlu kita jaga,” katanya kepada mStar. Sweet berkata perkara itu ketika ditemui pada Program Pesona Sinema sempena Festival Filem Malaysia Ke-35 (FFM35) anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Rembau, Negeri Sembilan pada Rabu.ARTIKEL BERKAITAN: Perkongsian Sweet Qismina buat ramai sebak, doa hamil tahun iniARTIKEL BERKAITAN: Padah diet! Sweet Qismina akui hilang deria rasa manisBerkongsj lanjut, Sweet turut berkongsi rasa sebak setiap kali menyaksikan kisah pasangan yang akhirnya dikurniakan cahaya mata selepas bertahun-tahun menjalani ikhtiar TTC, termasuk pelawak Achey dan isterinya.“Cuba dan mencuba tetapi masih belum ada rezeki. Kita tengok ada yang sudah 10 tahun dan baru-baru ini kita dapat berita gembira mengenai Abang Achey yang akhirnya mendapat zuriat selepas 15 tahun.“Apabila tengok video dia, saya rasa sebak. Kak Anne (isteri Achey) sampai pergi ke Makkah dan menghadap Kaabah untuk meminta sesuatu. Itu hanya kita dengan Allah yang tahu betapa sakitnya apabila setiap kali mencuba, tetapi belum berjaya,” luahnya.Diminta mengulas mengenai tindakan segelintir individu yang gemar berkongsi perjalanan TTC di media sosial, Sweet berpandangan urusan peribadi tersebut adalah lebih baik dirahsiakan daripada pengetahuan umum kerana percaya dengan kewujudan penyakit ain.Sweet (kanan) dan Adam bernikah pada Oktober 2022.“Kadang-kadang kita tidak sedar. Contohnya saya suka berkongsi momen gembira bersama Adam atau perjalanan mencuba TTC. Apabila tidak berjaya, kita tidak tahu mungkin penyakit ain itu ada. Jadi, lebih baik kita simpan dan jaga privasi kehidupan sendiri.“Kita tidak tahu siapa yang mendoakan perkara baik atau negatif terhadap kita. Kalau ditanya sama ada saya setuju pasangan yang sedang TTC tidak perlu bercerita kepada orang lain, sangat setuju. Walaupun keluarga sendiri, kita tidak tahu apa yang ada dalam hati mereka. Jadi, lebih baik berhati-hati,” ujarnya.Untuk rekod, Sweet dan Adam Lee mendirikan rumah tangga pada Oktober 2022 dan masih belum dikurniakan cahaya mata.TONTON VIDEO PILIHAN!