suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Shila Amzah nyanyi OST C-drama, peminat bangga dengar suara anak Malaysia

Shila (kanan) menyanyikan lagu runut bunyi bagi drama The Taming Husband.

PENYANYI Shila Amzah mencipta satu lagi pencapaian dalam kerjaya seninya apabila diberi kepercayaan menyanyikan lagu runut bunyi (OST) bagi drama Cina berjudul The Taming Husband.

Lebih istimewa, Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 37, berduet bersama penyanyi Wang He Ye menerusi lagu berjudul Wan Yu Yuan yang kini sudah dilancarkan secara rasmi di platform digital.

Kata Shila, dia teruja apabila lagu berkenaan akhirnya dapat dikongsikan bersama peminat selepas sekian lama dinantikan.

Peminat bangga lihat pencapaian Shila menjadi suara bagi OST drama di China.

"Seperti yang dinanti-nantikan! Lagu OST terbaharu saya berjudul 'Wan Yu Yuan', yang dinyanyikan bersama Wang He Ye, kini rasmi dilancarkan!

"Saya sangat gembira kerana akhirnya dapat berkongsi lagu ini dengan semua. Semoga anda menyukainya sebagaimana kami menyukai lagu ini," katanya.

Shila berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah sekeluarga pindah China tahun depan

ARTIKEL BERKAITAN: Banyak ‘show’ di China bukan bermaksud Shila Amzah lebih utamakan peminat luar, syukur masih kekal relevan

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian peminat yang rata-rata meluahkan rasa bangga selain memuji kemerduan suara penyanyi itu.

"OST C-drama The Taming Husband nyanyian Shila Amzah bersama Wang Heye. Sedapnya suara Shila! Bangga dengar penyanyi Malaysia dapat peluang macam ini. 

"Akhirnya, dah lama kami tunggu dan lagu ini sangat bagus. Suka suara awak, kami bangga dengan awak Sha (panggilan Shila).

"Sedap sangatlah kita pula memang suka layan C-drama. Memang kena tengok tak nak skip intro dan outro sebab nak dengar lagu ni," tulis netizen. 

Shila merancang untuk berhijrah ke China bagi meluaskan lagi kerjaya seninya.

Untuk info, Shila pernah menjuarai program Asia Wave di Shanghai, China pada 2012.

Shila kemudiannya terus mengukuhkan nama di China selepas menyertai pertandingan I Am A Singer pada 2014.

Menerusi temu bual bersama mStar sebelum ini, Shila mendedahkan dia mempunyai perancangan besar untuk berhijrah dan menetap di China bersama keluarga kecilnya pada penghujung 2027.

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain