TERUS membina kerjaya sebagai usahawan, pelakon Reen Rahim memberitahu dia tidak pernah terfikir untuk meninggalkan dunia seni yang sudah sebati dalam dirinya.Kata Reen atau Noreen Ashikin Abdul Rahim, 42, dia juga tidak pernah menolak tawaran berlakon dan sentiasa terbuka jika diberi peluang untuk kembali ke lokasi penggambaran. "Allah yang pilih jalan untuk saya sekarang sebagai usahawan. Sekiranya Allah bawa saya melalui kembali rezeki untuk berlakon, maka berlakonlah saya. Saya tidak pernah berhenti dan tidak akan berhenti.Reen terbuka menerima watak yang sesuai untuknya. "Saya juga tak pernah nak tolak tawaran berlakon. Sejak dahulu lagi, susunan kerja sudah terbaik, lepas tamat satu tawaran akan datang yang lain," katanya.Reen ditemui ketika majlis Nona Gala Awards 2026 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada malam Rabu.Tambah pelakon ini, dia sendiri merindui dunia lakonan dan tidak pernah memilih watak meskipun penampilannya kini sudah berhijab.ARTIKEL BERKAITAN: Reen Rahim terbuka hati berhijab selepas pulang umrah ARTIKEL BERKAITAN: “Penat tengok kisah penyondol” - Reen Rahim rindu drama penuh nilai"Memanglah rindu sebab itu adalah minat saya. Banyak yang saya belajar dalam diri ini daripada bekerja di lokasi penggambaran."Kalau berjodoh dan ada tawaran yang baik, saya akan terima. Saya pun tidaklah memilih mana-mana watak."Cuma sebelum ini ada satu watak sebagai penyondol dan ketika itu saya baru sahaja bertudung. Saya berdoa jika ia terbaik, maka permudahkan. Namun, tawaran itu hanya berlalu, mungkin produksi dah nampak saya bertudung," ujarnya.Reen dan suami mahu menjadi contoh kepada usahawan baharu. Sementara itu, Reen dan suaminya, Hazim Zainal, dipilih sebagai penerima Nona Empowering Couple in Business Award sebagai tanda kejayaan mereka memulakan perniagaan bersama.Bagi Reen, penghargaan tersebut juga merupakan satu tanggungjawab besar buatnya untuk memberi contoh terbaik kepada lebih ramai usahawan muda yang memulakan langkah dalam perniagaan."Dengan anugerah ini akan ada tanggungjawab lagi. Kesinambungan untuk adik-adik lain yang mana mereka juga akan berada di tempat kami satu hari nanti," kongsinya.TONTON VIDEO PILIHAN!