DUA wartawan mStar, Nazrin Zulkafli dan Farol Hadi mencuri tumpuan apabila masing-masing muncul sebagai juara dan naib juara dalam Wham Pickleball With The Stars pada malam Jumaat.
Acara yang menghimpunkan 25 selebriti popular bersama 25 ahli Persatuan Wartawan & Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) itu berjaya mencipta kemeriahan tersendiri menerusi penganjuran edisi sulung yang sarat dengan aksi kompetitif, semangat kesukanan dan keakraban antara pengamal media serta artis tempatan.
Perlawanan yang berlangsung di Pickle X i-City Shah Alam selaku penaja lokasi pada Jumaat itu bermula sekitar jam 8 malam dan menyaksikan persaingan sengit sejak perlawanan pembukaan.

Antara wartawan dan artis yang terlibat.
Kejohanan itu menyaksikan gandingan pelakon Ezaidi Aziz bersama Nazrin dinobatkan sebagai juara selepas mempamerkan aksi konsisten dan strategi mantap di gelanggang.
Kemenangan tersebut membolehkan pasangan berkenaan membawa pulang hadiah wang tunai RM4,000.
Naib juara pula menjadi milik pempengaruh terkenal Faiz Dickie yang bergandingan dengan Farol dan membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000.
ARTIKEL BERKAITAN: Media dan selebriti ‘all out’ di Amber Allstar Picklebash, rebut RM10,000
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Pickleball jadi simbol erat mStar, Suria FM... Rai ulang tahun dengan aktiviti sihat bersama selebriti tempatan
Bagi tempat ketiga dan keempat dimenangi oleh penyanyi terkenal Haqiem Rusli yang bergandingan dengan Faiq Fahmi Adenan (Melodi) serta Izzul Faiq bersama Muhammad Izzad Farhan Amier Zaini (Melodi), masing-masing membawa pulang wang tunai RM2,000 dan RM1,000.
Sementara itu, bagi kategori Pairing Paling Sporting dimenangi oleh pelakon Trisha Ooi bersama Penolong Pengarang Berita Hiburan Harian Metro, Wan Asrudi Wan Hasan yang membawa pulang hadiah wang tunai RM500 sumbangan Sevoce Studio.

Dazrin antara penaja yang hadir dan menyampaikan hadiah cabutan bertuah.
Sebelum perlawanan bermula, acara dimulakan dengan aktiviti zumba sebagai pemanas badan yang ditaja oleh Antava Projects.
Antara selebriti ternama yang turun padang menyertai perlawanan ini ialah Aeril Zafrel, Bella Astillah, Zahiril Adzim, Shera Aiyob, Yasmin Hani dan Ayie Floor 88.

Aeril antara penaja yang hadir dan menyampaikan hadiah cabutan bertuah.
Turut mengambil bahagian ialah Sarah Suhairi, Zizi Kirana, Adam Lee, Afieq Shazwan, Wani Kayrie dan El Azman yang jelas teruja menyertai perlawanan tersebut.
Turut serta menjayakan program itu ialah Fairuz Selamat, Badron Munirah, Luqman Faiz, Hariz Hamdan, Trisha Ooi, Syahir Shafein, Shaffiq Erwin, Nurel Bahrin serta Kim Azzim.

El Azman antara penaja yang hadir dan menyampaikan hadiah cabutan bertuah.
Selain perlawanan pickleball, acara turut diserikan dengan sesi cabutan bertuah yang dibuka kepada semua peserta dan ahli WHAM, menjadikan suasana semakin gamat dan menghiburkan.
Pelakon dan penyanyi Ayie Floor 88 mencuri tumpuan apabila membawa pulang hadiah utama berupa sebuah telefon pintar, manakala Haqiem Rusli pula memenangi sebuah televisyen bersaiz 65 inci.

Ayie pemenang utama cabutan bertuah.
Cabutan bertuah turut disokong penaja Al Aqsa Carpets dengan hadiah dua karpet premium, yang turut dihadiri pemiliknya iaitu pelakon Dazrin Kamarudin.
Antara penaja yang menjayakan program ini adalah Wawa Global, D’Herbs Terlajak Laris, Elrah Exclusive, Pickle X, Kanda (jersi rasmi), SN Legacy, ASICS serta Kunafa Aiwahhh.

Barisan Editor yang menyampaikan hadiah kepada pemenang.
Selain itu, acara turut disokong dengan tajaan dan sokongan daripada Glad2Glow, Mak Jenny, Mega Film Distribution, Plan E Solutions, SAC Garment, Roslan Shah, Nun Ha, Alyah Beauty, Mask Team, IIAN, AK Events dan Love Music Fest.
Acara itu turut dihadiri oleh Setiausaha WHAM, Sudirman Mohd Tahir.
Secara keseluruhan, Wham Pickleball With The Stars bukan sahaja berjaya mencipta persaingan sengit dan menghiburkan, malah menjadi platform berkesan dalam mengeratkan silaturahim antara pengamal media dan selebriti tempatan dalam suasana santai serta penuh semangat.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


