SUKAN pickleball terus mencuri perhatian ramai apabila menjadi aktiviti riadah baharu yang mudah, santai dan sesuai untuk semua peringkat usia.
Seiring peningkatan minat terhadap sukan itu, jenama gaya hidup dan kecantikan Amber mengambil pendekatan berbeza dengan menganjurkan acara Amber Allstar Picklebash bagi merapatkan hubungan dengan rakan media dan barisan duta selebritinya.
Menggabungkan elemen sukan, hiburan dan apresiasi, acara berkonsepkan pickleball itu menghimpunkan selebriti, pengurus artis dan rakan media dalam suasana santai namun penuh semangat kompetitif.

Acara yang berlangsung itu bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan Amber bersama media dan selebriti.
Acara berkenaan turut menonjolkan sisi berbeza para selebriti dan rakan media apabila mereka keluar dari zon glamor dengan memberikan aksi menarik di gelanggang sukan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd Datuk Adzliana Hasan, acara itu adalah simbol penghargaan Amber terhadap sokongan padu rakan media serta duta selebriti.
Jelas Adzliana, aktiviti berasaskan sukan seperti pickleball memberikan peluang semua pihak berinteraksi secara lebih natural dan 'sporty'.
ARTIKEL BERKAITAN: Lantik 6 duta artis terkenal berbaloi, Amber semakin dikenali di peringkat antarabangsa
ARTIKEL BERKAITAN: “Hidup seorang ini penat, kalau ada teman lebih indah” - Nora Danish
"Amber bukan sekadar jenama tetapi komuniti. Kejayaan kami hari ini hadir bersama sokongan rakan media, pengurus artis dan selebriti hebat yang mewakili Amber.
"Picklebash ini dianjurkan untuk meraikan mereka dalam suasana santai, sihat dan menyeronokkan," katanya kepada mStar.
Antara duta Amber yang memeriahkan acara ialah Nora Danish, Fattah Amin, Amira Othman, Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah.
Turut hadir menyokong dan beraksi di gelanggang ialah Zoey Rahman, Tam Suhaimi, Lah Ahmad, Ajai, Izuan Mokhtar, Fizi Ali serta ramai lagi.

Barisan pemenang Amber Allstar Picklebash bergambar bersama pengasas Amber, Datuk Adzliana (berdiri, enam dari kanan).
Dalam pertandingan tersebut, pasangan Amir Hamzah dan Iman diumumkan juara dengan membawa pulang RM10,000, medal dan set kelengkapan pickleball Amber.
Tempat kedua disandang pasukan media diwakili Nazrin (wartawan mStar) dan Shahrin (wartawan Oh Bulan) dengan hadiah RM5,000, manakala tempat ketiga menjadi milik pasangan Nora Danish dan Mickey Myo yang memenangi RM3,000 beserta medal dan set kelengkapan pickleball Amber.
Pasukan lain turut menerima medal dan set kelengkapan sebagai tanda penghargaan penyertaan.
Amber optimis untuk menganjurkan lebih banyak acara komuniti pada masa akan datang sejajar visinya membina jaringan industri yang lebih kukuh dan inklusif.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


