suria

Bukan nak jadi hero, cuma perbetulkan kenyataan salah... Adik Uqasha Senrose tenang diserang netizen

Farza doakan terbaik buat rumah tangga kakaknya.

ADIK kepada pelakon Uqasha Senrose iaitu Farza Dida tampil menjelaskan tujuan sebenar dirinya membuat kenyataan susulan isu rumah tangga kakaknya bersama aktor Kamal Adli yang menjadi perhatian hangat netizen sejak kebelakangan ini.

Menurut Farza, sebagai adik lelaki dia perlu bersuara apabila terdapat kenyataan yang dianggap tidak tepat sekali gus membela kakaknya yang dicemuh netizen.

“Sejujurnya fasal keluarga, saya tiada  hak nak masuk campur.

Farza lakukan tanggungjawab sebagai adik lelaki.

"Tapi sebagai adik, saya cuma perbetulkan kenyataan yang salah itu saja. Saya buat sebagai wakil untuk kakak," katanya kepada mStar.

Tambah Farza, dia tidak mempunyai masalah dengan mana-mana pihak dan hanya mengharapkan yang terbaik buat kakaknya serta abang iparnya itu. 

“Saya okay dengan semua orang. Saya tak ada isu dengan sesiapa, jadi kenapa pula saya nak cari masalah? Saya doa yang baik-baik untuk mereka semua," kongsinya.

Tambahnya, dia sudah menjangkakan serangan netizen selepas mengeluarkan kenyataan tersebut, namun tidak menyangka kecaman yang diterimanya begitu hebat di pelbagai platform.

ARTIKEL BERKAITAN: Adik Uqasha Senrose betulkan kenyataan Kamal Adli ‘terjumpa’ anak, Nelydia ‘repost’ hantaran di Instagram

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Kamal Adli minta Uqasha Senrose timbang rasa, beri ruang jumpa anak… Mahkamah perintah lantik JKP

Walaupun begitu, dia mengakui tidak terkesan kerana apa yang dilakukan hanyalah memperbetulkan salah faham dan bukan niat untuk memanaskan lagi keadaan.

“Saya dah jangka kecaman sebab isu tengah panas. Tapi saya tak sangka seteruk ini. Rasanya saya tak buat salah. 

"Saya bukan nak jadi hero atau apa, cuma betulkan satu kenyataan saja. Itu pun kena kecam. Tapi tak apa saya okay saja," jelasnya.

Dalam masa sama, Farza merayu agar netizen menghentikan kecaman yang dilemparkan kepada Uqasha kerana situasi tersebut memberi kesan kepada emosi kakaknya.

Kakak saya pun manusia, ada hati dan perasaan bila baca komen.

FARZA DIDA

PELAKON

Jelasnya, budaya menulis kata-kata kesat di media sosial seharusnya dihentikan kerana setiap orang mempunyai keluarga dan anak-anak yang turut terpalit dengan tekanan tersebut.

“Saya harap netizen hentikanlah kecaman ini. Kakak saya pun manusia, ada hati dan perasaan bila baca komen. Doa yang baik-baik tak rugi pun, benda baik akan balik pada kita," luahnya.

Pada November lalu, Farza tampil memberi respons terhadap kenyataan abang iparnya berhubung isu kebenaran berjumpa anak perempuannya. 

Perkongsian yang dibuat Farza sebelum ini.

Jelasnya, tidak wujud istilah 'terjumpa' seperti yang didakwa Kamal sebelum ini. 

Sebelum ini, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu. 

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 19 bulan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain