AKSI suami kepada usahawan terkenal yang didakwa dirasuk ketika menjalani penggambaran paranormal atau aktiviti memburu hantu mengundang rasa tidak puas hati ramai.
Rata-rata netizen berpendapat tindakan tersebut seolah-olah mencari ‘penyakit’ kerana mengganggu kawasan yang tidak sepatutnya.
"Semua mahluk yang Allah ciptakan semuanya ada tempat masing-masing yang kita sibuk pergi mengganggu mereka, dah kenapa?

Antara komen netizen yang menyelar tindakan aktiviti paranormal.
"Pandai buat pandailah tanggung, sepatutnya tak payah buat benda mengarut macam ini. Lepas itu menyusahkan ustaz," tulis beberapa pemilik akaun Threads.
Sementara itu, pendakwah bebas, PU Amin turut meluahkan rasa terkilan apabila masih ramai terpengaruh dengan paranormal atau aktiviti memburu hantu yang memberi kesan akidah kepada orang Muslim.
Amin atau nama sebenarnya Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim, 35 berkata aktiviti sebegitu tidak sepatutnya dilakukan oleh orang Islam kerana mencalarkan nama baik agama.
"Sampai bila Malaysia perlu dan boleh terima content paranormal cari hantu ini. Sama ada lawak atau serius, benda ini tak boleh wujud.
ARTIKEL BERKAITAN: “Kenapa masuk kawasan aku?” - Suami Bonda Rozita dirasuk ketika siaran langsung Night Walk bersama Roslan Shah
ARTIKEL BERKAITAN: Solat istikarah sebelum terima lamaran suami, Bonda Rozita tak pernah rasa sebahagia sekarang
"Ia merosak akal dan mencalar maruah agama. Konsep ruqyah bukan untuk halau hantu tapi amalan nak dekatkan diri dengan Allah. Berhentilah content syirik cari hantu ini," katanya di hantaran Threads.
Malah dia juga berpendapat ahli agamawan bukan alat untuk memulihkan sesuatu yang sudah dianggap sesat sekali gus menanggap tindakan tersebut seakan-akan mempermainkan kredibiliti ahli agamawan.
"Ustaz, agama dan ruqyah bukan gadjet atau alat halau hantu, mindset sesat macam ini kena betulkan segera. Buat program hantu tak perlu sedia ustaz.

Luahan PU Amin berkenaan isu yang berlaku.
"Ustaz bukan mainan atau kuli halau hantu, ruqyah bukan jampi serapah. Yang kena berhenti adalah kandungan cari hantu yang syirik ini," luahnya.
Sebelum ini, suami kepada usahawan Rozita Ibrahim iaitu Aidiamin Ahmad didakwa dirasuk ketika menjalani penggambaran program Night Walk terbitan MBK Filem Studio.
Menerusi rakaman video tular di media sosial, suami Rozita dilihat berada dalam keadaan tidak terkawal dan mengeluarkan kata-kata yang mencetuskan kebimbangan ramai.
Bagaimanapun tiada kenyataan lanjut dikeluarkan oleh pihak Rozita Ibrahim mahupun MBK Film Studio berhubung kejadian berkenaan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


