suria

Amira Othman minta ruang kongsi dakwaan berbadan dua… “Meskipun jadi ‘public figure’ kita pun ada kehidupan macam orang lain”

Amira belum sedia jawab dakwaan sedang berbadan dua.

PENYANYI Amira Othman memohon untuk diberikan ruang susulan dakwaan mengatakan dia kini sedang berbadan dua. 

Kata Amira atau Nadia Amira Othman, 33, dia berjanji untuk berkongsi berita baik tersebut pada masa yang sesuai. 

“Sebelum kahwin orang tanya fasal kahwin, bila kahwin orang tanya fasal mengandung. Kalau ada waktu sesuai pasti saya akan kongsikan. 

Amira mohon diberi ruang sebelum menjawab dakwaan sudah berbadan dua.

“Saya mohon sedikit privasi dan ruang. Saya minta doa baik-baik daripada semua peminat dan pengikut. Insya-Allah benda baik kita kongsi tapi pastinya kita juga perlukan ruang dan kehidupan seperti orang lain.

“Meskipun menjadi ‘public figure’ kita pun ada kehidupan macam orang lain juga,” katanya kepada mStar. 

Amira memaklumkan perkara itu ketika ditemui selepas Majlis Pertunjukan Fesyen Amber Eid’s Time For Love yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Rabu. 

Meskipun diajukan soalan secara  bertubi-tubi mengenai dakwaan sedang hamil, dia tidak penat untuk menjawab isu sama. 

ARTIKEL BERKAITAN: Amira Othman dimasukkan ke hospital kerana sukar bernafas, Fattah Amin titip doa kesembuhan buat isteri syurga

ARTIKEL BERKAITAN: Ketiadaan dalam video kejutan kereta cetus spekulasi jahat, Amira Othman tak muncul bersebab… “Saya sembunyi, pesan jangan rakam”

“Bagi saya tak bolehlah nak penat sebab ini memang lumrah sebagai ‘public figure’. Kadang-kadang soalan saya dah jawab pun akan ditanya lagi. 

“Sama macam kita buat siaran langsung TikTok walaupun dah jawab akan ada lagi yang tanya soalan sama,” ujarnya. 

Sebelum ini, ada dakwaan yang mengatakan isteri kepada pelakon Fattah Amin itu sedang hamil selepas tular satu klip video yang menampakkan ‘baby bump’.

Untuk info, Fattah dan Amira sah bergelar suami isteri pada 14 September tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain