suria

Ketiadaan dalam video kejutan kereta cetus spekulasi jahat, Amira Othman tak muncul bersebab… “Saya sembunyi, pesan jangan rakam”

Amira sentiasa temani suami di sisi.

KETIADAAN penyanyi Amira Othman dalam video kejutan suaminya yang juga pelakon Fattah Amin menghadiahkan sebuah kereta buat ibu tercinta, Azizah Abdul Ghani mengundang persoalan ramai.

Bagaimanapun Amira tampil menjernihkan situasi apabila menjelaskan dia turut berada di sisi suami tercinta ketika kejutan itu dibuat. 

Kata Amira atau Nadia Amira Othman, 32, dia tidak muncul di dalam video  tular itu kerana tidak yakin untuk tampil tanpa solekan di wajahnya.

Amira perjelaskan ketiadaan dirinya.

"Masa ambil kereta saya ada. Saya dalam kereta sebab saya tak bersolek. Saya pesan jangan ambil muka saya sebab tak makeup," katanya dalam satu siaran langsung.

Jelasnya, ketika hari kejadian dia bersama Fattah dan keluarga mentua baharu pulang dari Johor ke Kuala Lumpur.

Tambah Amira, ketika proses penggambaran video itu dia bersembunyi di dalam kereta namun turun menemani suami selepas semuanya selesai.

"Sebab kami semua dari Johor waktu itu. Saya balik Johor dengan ibu ayah sekali, satu kereta dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN: Fattah Amin buat kejutan istimewa, hadiahkan Toyota Noah buat ibu

ARTIKEL BERKAITAN: Hebat penangan isteri syurga Fattah, ramai terjebak resipi telur mata kicap bilis goreng

 "Sampai-sampai kami ambil kereta dengan ibu ayah dan Fattah sekali," ujarnya.

Dalam pada itu, Amira turut memuji sikap suaminya yang mementingkan keluarga selain bersyukur dikurniakan ibu bapa mentua yang baik.

"Suami saya memang anak yang soleh dan ibu bapa mentua saya pun baik sangat," kongsinya.

Amira sentiasa temani suami di sisi.

Fattah hadiahkan kereta jenama Toyota Noah buat ibunya.

Sebelum ini, ketiadaan kelibat Amira dalam video syarikat jualan kenderaan itu mencetuskan pelbagai spekulasi yang kurang enak dalam kalangan netizen.

Malah segelintir netizen mendakwa ketiadaan Amira kerana dia cemburu ibu mentuanya menerima kereta baharu.

Untuk rekod, Fattah dan Amira selamat diijabkabulkan dalam majlis pernikahan di sebuah resort di Sepang pada 14 September lalu.

Artikel Lain