suria

Dr Fie bongkar kisah hadiah kereta dan rumah milik bersama Nubhan - “Agaknya kahwin pun content”

Dr Fie mempersoalkan pemberian hadiah bekas suami.

BEKAS isteri kepada Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek mendakwa segala tindakan yang dilakukan oleh bekas suaminya itu seolah-olah sudah lama dirancang. 

Bukan hanya berkaitan isu mengeluarkan barang dari rumah, malah kata Dr Afifah atau mesra di sapa Dr Fie, tindakan Nubhan menjual rumah atas nama bersama sebelum ini juga menimbulkan tanda tanya. 

"Patutlah jual rumah nama bersama sebelum ini. Dah lama rancang. Saya je lalai," katanya kepada mStar. 

Kisah Nubhan dan Dr Fie terus jadi bualan hangat. 

Dia juga dalam masa sama meragui pemberian sebuah kereta Toyota Vellfire oleh bekas suaminya itu sebelum ini. 

Menurut Dr Fie, kenderaan yang pada awalnya dijadikan sebagai hadiah itu kemudian ditukarkan kepada sebuah kereta baharu jenama sama. 

Malah dalam keadaan dirinya dihimpit pelbagai cerita panas, Dr Fie turut mendakwa kemungkinan perkahwinan mereka sebelum ini hanyalah sebagai satu bahan cerita buat tatapan peminat. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya dah penat dengan elemen surprise ini” - Dr Fie masih tak boleh hadam, dakwa Nubhan tak fikir nasib anak-anak 

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Fie bakal ambil tindakan undang-undang, Nubhan tiada hak pecah masuk rumah… Bakal buat laporan polis esok!

"Kereta Vellfire kononnya kejutan buat saya sekarang sudah jadi Alphard warna putih. Tukar kereta pun kejutan juga. 

"Kalau nama saya boleh ke tukar suka-suka hati tanpa izin?

"Agaknya kahwin pun hanya content," luahnya. 

Dr Fie sebelum ini juga banyak membuat pendedahan di laman sosial miliknya. 

Nama Nubhan sekali lagi menjadi perhatian selepas Dr Fie mendakwa bekas suaminya itu membawa keluar barang peribadi miliknya tanpa mendapat persetujuan. 

Dia tidak mengetahui tindakan Nubhan untuk mengeluarkan barang tersebut kerana sedang berada di luar negara bersama anak-anak. 

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015, namun disahkan bercerai talak dua pada awal Disember lalu selepas melalui prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Selangor.

Hasil perkongsian hidup, Nubhan dan Dr Fie dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aafan, 6, dan Afzan Nayille,3.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain