BERANG dengan komen keterlaluan sesetengah pihak, penyanyi Elyana menegaskan dia tidak lagi akan berdiam diri apabila berdepan perkara sebegitu.
Elyana atau Erneelya Elyana Emrizal, 40, berkata, dia juga tidak akan beragak-agak mendedahkan identiti mana-mana pengguna media sosial yang berani bercakap perkara tidak elok.
“Maaf, saya tak kacau orang dan tak suka biadab dengan orang. Mulai hari ini, saya tidak akan bertolak ansur dengan manusia biadab.

Perkongsian Elyana di Threads.
“Selepas ini siapa yang macam pengecut, aku tepek sekali muka di sini. Win-win situation,” katanya.
Elyana menulis perkara tersebut dalam beberapa hantaran yang dimuat naik di InstaStory miliknya selepas seorang pengguna media sosial mempersoalkan penampilannya.
Elyana dalam masa sama memberitahu perkongsian tentang penyakit kanser yang dihidapinya bukanlah bertujuan untuk meraih simpati ramai.
ARTIKEL BERKAITAN: Anak jadi sumber kekuatan, Elyana kembali bertarung melawan kanser
ARTIKEL BERKAITAN: Elyana tak terjejas selepas kembali jalani kimoterapi, mental positif bantu kekal kuat
“Selama 15 tahun sakit, aku tak pernah menyusahkan sesiapa. Aku hadap dan tahan seorang diri. Aku seorang pesakit yang boleh membantu orang lain ketika sakit.
“Bahkan orang yang sihat pun aku tolong tanpa memikirkan diri sendiri. Jadi aku terkesan bila orang kata ‘nak minta simpati’. Berhenti cakap aku minta simpati,” ujarnya.
Elyana sebelum ini berkongsi bahawa dia kembali menjalani rawatan kimoterapi selepas disahkan bebas kanser limfoma pada tahun 2021.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


