PENERBIT dan pengarah, Erma Fatima tidak mengetahui wujudnya sebarang perselisihan faham antara dua pelakon, Puteri Balqis dan Mia Sara Nasuha, ketika penggambaran drama suatu ketika dahulu.Menurut Erma, 58, sepanjang berada di lokasi penggambaran, tumpuannya hanya diberikan kepada kualiti lakonan barisan pelakon dan bukan perkara yang berlaku di sebalik tabir. “Saya memang tak tahu dari mana perkara itu tercetus. Rasanya tiada apa-apa yang berlaku di set ketika itu dan drama Akulah Balqis bukan puncanya.Perbalahan Mia (kiri) dan Balqis jadi perhatian ramai. “Bila saya jadi pengarah, saya hanya duduk di depan monitor. Apa yang saya tahu, mereka masuk set dan sampaikan watak yang sepatutnya. Di belakang tabir, saya memang tak tahu,” katanya kepada mStar.Erma berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran drama bersiri Viu berjudul Walid yang berlangsung di Saloma, Kuala Lumpur.Mengulas lanjut, dia juga tidak mengetahui mengenai pertengkaran di media sosial antara Puteri Balqis dan Mia Sara yang hangat diperkatakan baru-baru ini.ARTIKEL BERKAITAN: Kembali duduk kerusi pengarah, Erma Fatima elak ‘muka baharu’... Tak cukup masa mahu beri latihanARTIKEL BERKAITAN: Erma Fatima muak dengan kecaman netizen, tak tahu latar belakang pelakon transgender... “Saya bukan pengikut video seks” “Saya lama tiada di Kuala Lumpur dan baru balik malam tadi. Jadi saya memang tak tahu tentang isu mereka,” ujarnya.Sementara itu, Erma menyifatkan tindakan pelakon yang meluahkan perasaan di media sosial sebagai sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan dalam dunia hari ini.Baginya setiap individu mempunyai hak untuk berkongsi apa sahaja di platform digital bergantung kepada cara pemikiran dan prinsip masing-masing. Semuanya bergantung kepada prinsip manusia itu sendiri. ERMA FATIMAPENGARAH/PENERBIT“Saya tak rasa yang muda saja, orang tua pun buat perkara yang sama. Dunia sekarang adalah dunia digital. Media sosial macam diari kepada semua orang. “Siapa nak menulis itu hak masing-masing, berdasarkan pemikiran mereka sendiri. Sama ada mereka rasa perkara itu perlu dikongsi atau tidak, itu keputusan masing-masing."Semuanya bergantung kepada prinsip manusia itu sendiri, sama ada nak kongsi semua perkara tanpa batas atau sebaliknya,” luahnya.Erma cuma mahu hasilkan karya terbaik.Sebelum ini, Puteri Balqis secara tiba-tiba menyebut nama Mia Sara dalam hantaran di media sosialnya dan mendakwa aktres berkenaan pernah memburukkan ibunya di hadapan orang ramai.Dia juga mendakwa Mia menangis di hadapan media ketika ditemu bual sebagai cubaan meriah simpati selain menutup sisi buruknya.Bagaimanapun Mia memilih mendiamkan diri walaupun pelbagai tuduhan yang dilemparkan ke atasnya.