suria

“Sunyi ini bukan pilihan”... Bekas isteri Nubhan kongsi ‘kesengsaraan’ lepas bercerai

Dr Afifah reda dengan takdir yang ditentukan untuknya.

SELEPAS berpisah dengan penyanyi Nubhan, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek meluahkan perasaan mengenai perjalanan hidupnya membesarkan anak-anak yang disifatkan penuh dengan kesunyian. 

Dr Afifah atau lebih mesra disapa Dr Fie, berkata tiada siapa pernah membayangkan hidupnya akan berakhir pada titik sebegini.

Menurutnya, dia terpaksa membesarkan anak-anak dalam diam yang panjang, sambil memendam perasaan yang sukar diluahkan kepada sesiapa.

Luahan hati Dr Afifah yang dikongsi di Instagram miliknya.

Luahan hati Dr Afifah yang dikongsi di Instagram miliknya.

"Tiada siapa yang bermimpi untuk sampai ke penghujung begini. Membesarkan anak dalam diam yang panjang. 

"Dengan dada yang sentiasa terasa tak cukup. Tak cukup kuat untuk bertahan, tak cukup untuk berpura-pura. 

"Sunyi ini bukan pilihan ia datang sebagai takdir yang terpaksa dipeluk walau menyakitkan," katanya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Afifah terkejut Nubhan tak hadir prosiding sulh… Mohon kerjasama bekas suami untuk persiapan sekolah anak, dakwa tiada tempat tinggal

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya serahkan kepada peguam” – Nubhan sedia beri kerjasama tuntutan harta sepencarian

Dr Afifah berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya. 

Dalam masa sama, bekas isteri Nubhan itu mengakui kejujuran terhadap diri sendiri merupakan perkara paling sukar, namun perlu dilakukan.

Tegas Dr Fie, ada ketikanya cinta sahaja tidak mencukupi untuk memperbaiki segala yang telah hancur.

"Baru kini Fie benar-benar mengerti setinggi mana pun pelajaran, seindah mana pun masa depan yang pernah dirancang, bila hati yang terlibat semuanya boleh runtuh tanpa amaran. 

"Hati tidak berbicara tentang betul atau salah. Ia hanya tahu rasa dan bila ia retak, seluruh hidup boleh pecah bersamanya dalam sekelip mata yang sunyi. 

Bukan mudah untuk Dr Afifah (kanan) membesarkan anak-anak sendirian.

Bukan mudah untuk Dr Afifah (kanan) membesarkan anak-anak sendirian.

"Dari Fie harus jujur pada diri sendiri, ada waktunya cinta sahaja tidak mampu menampung segala yang telah runtuh," ujarnya. 

Untuk rekod, Nubhan mendirikan rumah tangga dengan Dr Afifah pada 29 Ogos 2015, namun disahkan bercerai talak dua pada Disember lalu. 

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aafiya, 9, Ahmad Aafan, 7, dan Afzan Nayille, 4 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain