suria

Gaya tudung ikut keselesaan, Zur Eda mohon doa kekal istiqamah berhijab penuh

Zur Eda tidak mahu memaksa diri dalam menutup aurat sepenuhnya.

PENYANYI Zur Eda menjelaskan pemakaian tudung yang digayakannya selama ini bukan bertujuan untuk menampilkan imej liberal, sebaliknya lebih kepada soal keselesaan dan keikhlasan diri. 

Menurut Zur Eda atau nama sebenarnya Zuraidah Mokhtar, 61, walaupun sering tampil dengan gaya bertudung penuh, ada kalanya dia memilih untuk mengenakan turban mengikut kesesuaian keadaan.

“Saya memang bertudung penuh tapi kadang-kadang pakai turban, bukan nak kata saya wanita liberal, tidak.

Zur Eda utamakan niat dalam apa jua keadaan.

“Cuma saya lebih mengikut keselesaan, yang penting niat dan adab saya,” katanya kepada mStar.

Zur Eda berkongsi perkara itu ketika ditemui pada Majlis Ramadan Menu Preview yang diadakan di Restoran I’Dahlia Sup Tulang Meletop, Kuala Lumpur pada malam Rabu.

Berkongsi lanjut, penyanyi itu turut memohon doa daripada orang ramai agar dirinya terus diberikan kekuatan untuk kekal istiqamah dalam berhijab.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 38 tahun menyanyi, Zur Eda teruja dapat anugerah pertama

ARTIKEL BERKAITAN: Zur Eda Terima Rawatan Disyaki Masalah Buah Pinggang

Malah, Zur Eda mengakui masih melalui proses memperbaiki diri dan sedar pemakaiannya belum sempurna seperti yang dituntut dalam Islam.

“Insya-Allah saya minta doakan saya untuk terus kekal versi begini (bertudung penuh).

“Tapi ini pun sebenarnya salah juga, sebab kalau berhijab yang betul memang kena tutup penuh di bahagian dada,” jelasnya.

Zur Eda ketika membuat persembahan di Restoran I'Dahlia.

Dalam perkembangan lain, bagi menambah kemeriahan suasana berbuka puasa di I’Dahlia, pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan daripada Zur Eda bersama BerTiga Band atau Max 5 Band.

Mereka mendendangkan lagu-lagu kerohanian, tradisional serta retro mengikut kesesuaian suasana Ramadan, sekali gus menghidupkan malam berbuka dengan elemen nostalgia dan ketenangan.

Persembahan istimewa itu dijadualkan berlangsung dua hingga tiga kali seminggu sepanjang bulan Ramadan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain