suria

Cedera di lokasi penggambaran, Remy Ishak sambung kerja selepas jalani fisioterapi… “Lelaki kuat tidak mengeluh”

Remy tenang berkongsi keadaannya.

PELAKON Datuk Remy Ishak memaklumkan dirinya berada dalam keadaan baik selepas dilaporkan mengalami keretakan tulang rusuk semasa menjalani penggambaran filem Takluk 2 Ops Daulat pada Rabu.

Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 43,  berkata insiden tersebut berlaku ketika dia melakonkan salah satu babak aksi, namun menegaskan kecederaan dialaminya itu tidak serius.

"Keadaan saya okay, tiada yang serius. Semuanya okay! Semalam memang ada berlaku sedikit kemalangan kecil ketika melakonkan babak dalam filem aksi Takluk 2 Ops Daulat.

Remy menahan sakit sebaik sahaja alami kecerderaan.

"Tapi bagi saya itu perkara biasa, dalam filem aksi memang ada berlaku kemalangan dan kecederaan kecil," katanya dalam hantaran di InstaStory miliknya.

Dalam hantaran tersebut, Remy berkongsi keadaannya yang terpaksa memakai alat sokongan di leher ketika berada di sebuah pusat perubatan. 

Kata Remy, dia juga bakal kembali ke lokasi penggambaran sebaik sahaja selesai  menjalani rawatan fisioterapi buat kali kedua.

ARTIKEL BERKAITAN: Remy Ishak cedera di lokasi penggambaran, alami keretakan tulang rusuk

ARTIKEL BERKAITAN: Tiba-tiba rasa renjatan elektrik di dada, Remy Ishak ‘serah’ diri ke hospital

"Insya-Allah kalau tiada apa-apa esok selepas saya menjalankan sesi fisoterapi yang kedua saya dah boleh keluar dari hospital dan menyambung semula penggambaran," tambahnya.

Positif terhadap insiden berkenaan, Remy menganggap kecederaan yang berlak sebagai sebahagian daripada cabaran dalam menjayakan naskhah aksi.

"Lelaki kuat tidak mengeluh, kami menyesuaikan diri dan menakluk cabaran," luahnya.

Remy tenang berdepan kemalangan di lokasi penggambaran.

Sebelum ini, pengurus Remy iaitu Azlin Abas memaklumkan Remy terlibat dalam satu kemalangan kecil di lokasi penggambaran filem terbaharu lakonannya di Kota Tinggi, Johor.

Malah isterinya Datin Ezza Yusof sebelum itu turut memohon doa orang ramai menerusi satu hantaran di Threads miliknya agar suaminya berada dalam keadaan baik selepas terlibat dalam insiden berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain