suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hael Husaini mohon maaf, enggan ulas gosip sudah bernikah dengan Dayang Nurfaizah

Hael enggan mengulas dakwaan sudah bernikah Disember tahun lalu.

PENYANYI Hael Husaini enggan menjawab mengenai dakwaan sudah bernikah secara senyap dengan Dayang Nurfaizah pada Disember lalu. 

Hael ketika ditemui media menjelaskan dia hanya akan memberikan komen berkaitan kerja yang sedang dilakukan. 

"Hari ini saya sudah berjanji dengan Datuk Nana (Ketua Pegawai Eksekutif Amber), hanya akan fokus pasal Amber sahaja (jika diaju soalan wartawan).

Hael dan Dayang turut digosipkan sudah melangsungkan pertunangan tahun lalu. 

"Sekali lagi saya mohon maaf," katanya pada majlis pertunjukan fesyen Amber Eid's Times For Love di Kuala Lumpur pada Rabu. 

Sebelum ini timbul khabar angin mendakwa Hael dan Dayang telah mendirikan mahligai rumah tangga. 

Malah penyanyi itu juga dikatakan sudah bertunang awal tahun lalu, namun Hael menafikan dakwaan tersebut. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain