suria

“Kalau kecaman buat dia jadi lebih baik, salah ke?” – Watie pertahankan pemakaian Thalita

Watie tampil pertahankan anak tirinya.

ENGGAN berdiam diri, isteri kepada Shuib iaitu Watie Hanifiah tampil mempertahankan anak tirinya, Thalita, selepas remaja itu menerima kecaman hebat netizen susulan pemakaian yang didakwa mencolok mata ketika majlis ‘gender reveal’ minggu lalu.

Watie atau nama penuhnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah berkata, Thalita kini berada dalam fasa ingin mencuba pelbagai gaya berpakaian seiring peningkatan usia, meskipun sebelum ini pernah menyuarakan hasrat untuk bertudung sepenuhnya.

“Dulu Thalita pernah cakap nak pakai tudung, tapi bila dia makin besar sedikit, persekitaran pun berubah dan ada keinginan lain pula.

Pakaian Thalita jadi kecaman netizen.

“Dia nak cuba pakai baju-baju lain. Bila saya tak bagi, daddy pula yang tegur. Sebab saya dulu pun pernah seksi juga,” katanya dalam satu siaran langsung di TikTok miliknya.

Bagaimanapun, Watie mengakui busana yang dipakai Thalita pada majlis tersebut mempunyai sedikit kesilapan apabila rekaannya tidak sempat diubah mengikut kehendak sebenar.

Malah, Shuib sendiri sudah menegur dan menyifatkan pakaian berkenaan tidak sesuai dengan usia Thalita yang masih muda.

ARTIKEL BERKAITAN: Pakai gaun tayang bahu, penampilan Thalita dikritik tak sesuai dengan usia

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita berstatus ibu tiri menangis tonton ucapan Thalita buat Watie Hanifiah, arwah Siti Sarah kekal istimewa

“Baju itu sebenarnya tidak diminta jadi seperti itu, tetapi ia terpotong ke bawah sedikit.

“Pada hari kejadian ramai yang menegur termasuk ahli keluarga. Daddy pun tegur dan berharap Thalita tak pakai baju sebegitu lagi sebab pakaian Thalita memang saya yang uruskan,” jelasnya.

Dalam masa sama, Watie percaya insiden tersebut menjadi pengajaran buat Thalita untuk lebih matang dalam membuat keputusan berkaitan pemakaian.

Jelasnya, dia tidak mahu anaknya memberontak dalam diam tetapi ingin mendidikanya.

Watie dan Shuib terima teguran.

“Saya izinkan dia pakai dan bila dia dah pakai, dia sendiri nampak apa yang orang kecam.

“Biarlah dia lihat semua itu supaya selepas ini Thalita boleh fikir dan buat keputusan sendiri. Kalau kita halang, budak seusia dia akan memberontak.

“Kalau kecaman itu membuatkan Thalita tak mahu berpakaian seksi lagi dan menjadikan kami lebih baik, salah ke?” luahnya.

Pada Sabtu lalu, Thalita atau Dzahira Talita Zahra Shahmira, 13, dilihat tampil anggun mengenakan gaun labuh rona merah jambu dengan rekaan off-shoulder semasa acara berkenaan.

Perkara itu mengundang kecaman orang ramai yang berharap ibu bapanya menjaga penampilan remaja itu dengan baik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain