PENAMPILAN anak perempuan kepada pelawak Shuib iaitu Thalita ketika menghadiri majlis gender reveal yang berlangsung pada petang Sabtu mengundang rasa kurang senang sesetengah pihak di media sosial. Menerusi perkongsian yang tular di media sosial, Thalita atau Dzahira Talita Zahra Shahmira, 13, dilihat tampil anggun mengenakan gaun labuh rona merah jambu dengan rekaan off-shoulder. Bagaimanapun, penampilan remaja itu dikritik terlalu seksi atau mencolok mata memandangkan usianya yang masih muda.Antara komen-komen yang diterima di media sosial."Suara dah best tapi mata terganggu dengan pakaian mencolok mata. Maaf cakap, geli. "Saya tak pasti anak cakap macam mana. Dia (Thalita) masih muda dan Shuib sepatutnya menjaga penampilan anak perempuannya," luah netizen. Tidak kurang juga yang mengingatkan agar perkara sebegini tidak dinormalisasikan dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita berstatus ibu tiri menangis tonton ucapan Thalita buat Watie Hanifiah, arwah Siti Sarah kekal istimewaARTIKEL BERKAITAN: Shuib, Watie bakal timang anak perempuan… Dijangka bersalin April depan"Tua sebelum usia, ibu bapa yang terlalu mengejar dunia tolonglah jangan normalisasikan perkara-perkara macam ini dengan anak."Maaf tak cantik, selepas ini tolong sopan sikit malulah dah 2026 masih nak tunjuk bahu, tunjuk kaki," tambah netizen. Pada Sabtu, Thalita hadir memeriahkan majlis gender reveal anak kelima Shuib yang diadakan di Gombak, Selangor. Thalita (tengah) merupakan anak kedua Shuib (kiri).Shuib atau Shahmira Muhamad, 42, berkongsi khabar gembira apabila bakal menyambut kelahiran bayi perempuan tidak lama lagi. Untuk rekod, Thalita merupakan anak kedua hasil perkongsian hidup Shuib dan penyanyi Siti Sarah Raisudin yang meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19. Shuib kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 36, pada 23 Jun 2023.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!