POLIS mengesahkan menerima satu laporan daripada seorang pelakon lelaki yang mendakwa menjadi mangsa perlakuan seks luar tabii.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, laporan berkenaan dibuat pelakon terbabit pada pukul 6.11 petang semalam. Alqal sebelum ini mendedahkan pernah menjadi mangsa amang seksual. "Kes ini membabitkan pengadu seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun dan ia masih dalam siasatan pihak polis," katanya melalui kenyataan ringkas hari ini.Terdahulu media melaporkan, pelakon dikenali Alqal Sahar mendedahkan pernah melalui detik silam ketika kanak-kanak apabila menjadi mangsa gangguan seksual.ARTIKEL BERKAITAN: Bertahan demi cari duit, Alqal Sahar dakwa diliwat pengarah… “Saya diperlakukan oleh darah daging sendiri berkali-kali”ARTIKEL BERKAITAN: Tak faham istilah! Alqal Sahar bukan diliwat, tapi jadi mangsa amang seksualAlqal ketika dihubungi mStar sebelum ini menjelaskan makna sebenar yang ingin ditekankan bukan diliwat seperti ditulis dalam pendedahan di akaun Threads, sebaliknya pernah menjadi mangsa amang seksual ketika zaman kanak-kanak.Menurut pelakon itu, kejadian berkenaan berlaku ketika dia terlibat dalam dunia lakonan bagi membantu menyara keluarga yang hidup dalam kesusahan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!