VIDEO ucapan graduasi penyanyi Thalita di sebuah sekolah swasta buat ibu kandungnya yang juga penyanyi Allahyarham Siti Sarah serta ibu tirinya, Watie Hanifiah dihujani pelbagai pujian daripada netizen.
Dalam ucapan penuh menyentuh hati itu, Thalita atau Dzahira Talita Zahra Shahmira, 12, menzahirkan penghargaan buat Siti Sarah dan Watie yang disifatkan cukup istimewa dalam hidupnya.
"Pertamanya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya, terutamanya ayah, ibu (arwah Sarah) dan mommy (Watie).

Ucapan Thalita berjaya mengusik hati wanita berstatus ibu tunggal.
"Ibu walaupun awak tidak berpeluang untuk melihat saya menamatkan persekolahan tetapi saya sentiasa menyayangi awak.
"Untuk mummy saya, Watie, meskipun orang melihat anda seperti ibu tiri saya,tapi saya akan sentiasa menganggap anda seperti ibu kandung," katanya.
Thalita berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik semula sebuah sekolah swasta.
ARTIKEL BERKAITAN: Thalita kerja keras nak bantu Shuib, ‘daddy’ pernah mengadu dah tak banyak duit
ARTIKEL BERKAITAN: “Maafkan daddy” - Shuib sedih lihat Thalita berlatih vokal, suara masih ‘crack’ lepas terkena jangkitan influenza
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa terharu atas ucapan yang diberikan oleh anak pelawak
"Saya sebagai ibu tiri mengalir air mata sambil tersenyum. Teringat anak-anak tiri saya. Orang nampak mereka anak tiri tetapi bagi saya mereka adalah penyeri hati.
"Bagusnya Thalita tak membezakan ibu dan mommy Watie," tulis netizen.
Untuk rekod, Thalita merupakan anak kedua hasil perkongsian hidup Shuib dan Siti Sarah yang meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.
Shuib kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35, pada 23 Jun 2023.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


