suria

Andi Bernadee masuk hospital akibat hyperthyroidism, alami bengkak leher dan badan menggeletar… “Kalau minum macam kena siat”

Andi kini sedang menerima rawatan di hospital.

PENYANYI dan pelakon Andi Bernadee memaklumkan dia kini sedang menerima rawatan di hospital selepas disahkan mengalami masalah hyperthyroidism iaitu keadaan apabila kelenjar tiroid menghasilkan hormon secara berlebihan sehingga menjejaskan fungsi tubuh.

Menurut Andi atau Andi Azrul Andi Mapangile, 34, keadaan kesihatannya mula membimbangkan apabila dia mengalami bengkak pada bahagian leher serta kesukaran untuk menelan.

Kata Andi, keadaan menjadi semakin teruk apabila dia mengalami demam,  menggigil dan meracau sehingga dimasukkan ke wad. 

"Saya dimasukkan ke hospital kerana hyperthyroidism di mana hormon itu terkena pada tiriod (saya rasa), jadi penuh dengan ulser. 

Andi mengalami hyperthyroidism.

Andi mengalami hyperthyroidism.

"Saya punya leher pun jadi bengkak. Saya tidak boleh telan air liur, tak boleh minum. Kalau minum macam kena siat. Nak makan pun susah. 

"Saya juga demam dan menggigil kesejukan sehingga meracau. Macam itulah, tetapi sekarang keadaan saya bertambah baik," katanya. 

Andi berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instastory miliknya. 

Dalam pada itu, Andi turut berkongsi gejala yang dialami termasuk degupan jantung yang menjadi sangat laju secara tiba-tiba sehingga mengganggu waktu tidurnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Andi Bernadee alami masalah kaki lemah, tubuh badan kurus bukan kerana bahan terlarang

ARTIKEL BERKAITAN: Padam semua gambar, Andi Bernadee enggan komen… “Biarlah yang terdekat sahaja tahu”

Bagaimanapun, penyanyi lagu Donde itu memaklumkan keadaan kesihatannya kini semakin baik. 

"Saya sudah tiga hari berada di wad dan keadaan bertambah baik. Saya ada simptom-simptom di mana degupan jantung tiba-tiba laju, kadang tengah tidur pun saya boleh terjaga. 

"Kemudian saya mengalami simptom seperti sesak nafas tetapi bukan semput. Saya juga mengalami penurunan berat badan. Tubuh badan saya pun bergetar, kalau orang perasan kaki saya pun kadang menggeletar. 

"Saya macam kena serangan panik dan beberapa simptom lagi," ujarnya.

Keadaan Andi kini semakin baik.

Keadaan Andi kini semakin baik.

Bercerita mengenai rawatan, Andi menyatakan dia dijangka perlu bergantung pada ubat-ubatan untuk tempoh antara enam bulan hingga setahun, bergantung kepada perkembangan kesihatannya.

"Saya akan makan ubat mungkin dalam enam bulan atau setahun. Tengok keadaan nanti macam mana. 

"Tengoklah urat-urat saya sudah timbul. Macam-macam ubat masuk, steroid, ubat tahan sakit, antibiotik, ubat kebas dan ubat hormon. 

"Jadi saya akan bergantung pada ubat dan harapnya keadaan saya makin baik. Kalau sesiapa nampak saya menggeletar maksudnya penyakit autoimmune ini menyerang saya semula," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain