suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Bila keikhlasan mendahului agenda, keberkatan pasti menyusul” - Rita Rudaini

Rita bersyukur menerima sokongan ibu bapa untuk kebajikan anak-anak di sekolah.

KETIKA namanya panas dengan isu kontroversi, pelakon Rita Rudaini tetap meneruskan kehidupan seperti biasa selain sibuk membuat persiapan jamuan akhir tahun kepada pendidik dan pelajar di Maktab Rendah Sains Mara, Sungai Besar (SUBES). 

Rita atau Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 49, menjelaskan program anjuran Voice of Parents (VOP) yang melibatkan ibu bapa dilaksanakan hasil sumbangan daripada tabung sedekah subuh dan bukan melalui kutipan infak umum.

Menurutnya, setiap usaha yang dilakukan dengan ikhlas pasti mendatangkan keberkatan.

Perkongsian Rita di Threads miliknya.

"Akhir tahun disambut sederhana tetapi bermakna. Jamuan kecil untuk anak-anak SUBES ini bukan hasil kutipan infak tapi daripada tabung sedekah subuh kami sendiri Voice of Parents (VOP). Alhamdulillah dah edisi keenam program daripada VOP ini.

"Insya-Allah bila keikhlasan mendahului agenda, keberkatan pasti menyusul," katanya. 

Rita berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di akaun Threads miliknya pada Rabu. 

ARTIKEL BERKAITAN: Dakwa digelar ‘prof kangkung’, narsisis, dan gila jawatan… YDP dan Naib YDP MUAFAKAT MRSM Sungai Besar saman Rita Rudaini

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai sokong Rita Rudaini di media sosial isu disaman dua ahli akademik, Azhar Sulaiman minta Asyraf Wajdi beri ‘sepatah dua kata’

Dalam pada itu, Rita memberitahu kumpulan VOP itu ditubuhkan dengan tujuan bagi memastikan kebajikan para pelajar dan ibu bapa sentiasa menjadi keutamaan.

Rita turut menzahirkan ucapan terima kasih buat semua ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan terhadap aktiviti kumpulan tersebut. 

"Grup VOP ini ditubuhkan untuk membantu kebajikan anak-anak dan ibu bapa sentiasa didahulukan. Terima kasih saya ucapkan kepada ibu bapa yang menyokong grup ini," ujarnya. 

Menerusi poster yang dimuat naik, program Makan-Makan Batch Al-Khwarizmi itu dijangka berlangsung di Cafe Subes secara percuma pada Jumaat ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain