suria

Yuna gembira ‘Crush’ terus jadi pilihan peminat di platform penstriman, luah hasrat bekerjasama dengan Noh Salleh

Yuna luah hasrat mahu berkolaborasi dengan Noh.

PENYANYI, Yuna meluahkan rasa gembira apabila karya ciptaannya masih menerima sambutan tinggi menerusi platform penstriman muzik.

Menurut Yuna atau Yunalis Mat Zara'ai, 39, ‘Crush’ antara lagu yang menduduki carta paling tinggi di platform penstriman Spotify ketika ini. 

“Saya gembira orang masih mendengar lagu saya di platform penstriman digital. Lagu yang paling tinggi sekarang masih Crush. 

Lagu Crush masih menjadi kegemaran peminat muzik Yuna.

"Lagu itu masih ada dalam playlist orang, dan saya bangga dengan pencapaian lagu itu,” katanya kepada mStar.

Yuna turut mengakui cita rasa muziknya agak 'old school', sehingga boleh disimpulkan lagu-lagu yang sering didengari di aplikasi itu diminati oleh peminat berusia. 

“Ada beberapa artis yang saya minat, antaranya GIVĒON, Daniel Caesar, dan band kegemaran saya, Maira. 

"Tapi sebenarnya, saya banyak menyokong artis Palestin. Malah, ada seorang artis dari Jordan, namanya Zeyne.

ARTIKEL BERKAITAN: Yuna sedia bergelar ibu, mohon doa dipermudahkan rezeki zuriat… “Kini di tempat yang betul” 

ARTIKEL BERKAITAN: Yuna hilang hampir 4,000 pengikut, tiada tawaran persembahan luar selepas lantang bersuara isu Palestin di media sosial

“Range umur peminat lagu-lagu saya sampai 70 tahun, ya, saya memang old school," jelasnya.

Sementara itu, Yuna tidak menolak kemungkinan untuk kolaborasi dengan artis tempatan. 

Berkongsi lanjut, Yuna menjelaskan hasratnya untuk bekerjasama dengan penyanyi Noh Salleh, namun menghormati kekangan masa artis tersebut.

Yuna dan Noh pernah berbincang mahu terbit mini album bersama.

“Saya nak sangat kerja dengan Noh Salleh, tapi dia sibuk. 

"Memang pernah ada perbincangan untuk buat projek bersama, tapi sekarang dia pun sudah ada anak, jadi saya tumpang bahagia untuknya. 

"Tidak mengapa, no rush, harap ada peluang buat lagu dengan dia. Kami pernah sembang nak buat mini album bersama,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Daddy Rock meninggal dunia