HAMPIR lapan tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Yuna mengakui dirinya kini menyimpan hasrat besar untuk menimang cahaya mata bersama suami, Adam Sinclair.
Yuna atau Yunalis Mat Zara’ai, 39, berkata impian membina keluarga sendiri menjadi antara matlamat utama dalam hidupnya selain kerjaya seni dan menjaga kesihatan diri.
“Sudah tentu saya ada perancangan mahu ada keluarga sendiri, itu antara goals saya dalam hidup.

Hampir lapan tahun usia perkahwinan Yuna dan Adam.
“Itu antara perkara yang penting bagi saya selain muzik dan kesihatan.
“Bila usia makin meningkat, saya sudah mula rasa sakit belakang… jadi kenalah jaga diri dengan berdiet dan bersenam,” katanya kepada mStar.
Yuna berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media konsert The Valour Hour yang diadakan di Diagram Cafe, Shah Alam pada Jumaat.
Bercerita lanjut, kata Yuna, dirinya kini berada pada fasa yang lebih stabil selepas kembali menetap di Malaysia.
ARTIKEL BERKAITAN: Yuna hilang hampir 4,000 pengikut, tiada tawaran persembahan luar selepas lantang bersuara isu Palestin di media sosial
ARTIKEL BERKAITAN: “Apa saya buat sampai anda marah?” - Serba tak kena di mata netizen, Yuna minta ‘unfollow’ kalau benci
Jelas penyanyi itu, dia dan suami enggan terburu-buru, sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada rezeki Allah.
“Sekarang kami berada di tempat yang betul, dah pulang ke Malaysia. Keluarga pun sangat menyokong.
“Cuma belum ada rezeki lagi… insya-Allah, doakan untuk saya,” ujarnya.
Mengulas mengenai kemungkinan menggunakan kaedah moden seperti IVF, Yuna memilih untuk tidak mengulas lanjut kerana menganggap perkara itu terlalu peribadi.

Yuna bakal adakan konsert solo pada 7 Februari tahun depan.
“Bagaimana cara untuk kami mempunyai anak, kami biarkan ia secara privasi,” katanya.
Untuk rekod, Yuna dan Adam mendirikan rumah tangga pada 26 Januari 2018 dalam majlis tertutup di Puncak Rimba, Bentong, Pahang.
Dalam perkembangan lain, konsert The Valour Hour bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 7 Februari tahun depan.
Tiket konsert akan mula dijual pada 8 Disember untuk Yunationals, 9 Disember bagi pra-jualan dan dibuka kepada umum pada 11 Disember.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


