suria

Achey tolak tepi ego seorang senior, boleh bergurau kasar dalam kumpulan

Namie dan Shashic hormat Achey kerana ketepikan ego sebagai pelawak senior.

PELAWAK Namie berkongsi keperibadian rakannya iaitu Achey yang sentiasa terbuka menerima idea-idea baharu sepenjang penglibatan mereka bersama sebagai kumpulan Nanas dalam program Muzikal Lawak Superstar musim kelima (MLS5). 

Menurut Namie atau Najmi Shaharudin, 29, biarpun Achey merupakan seorang yang berpengalaman, namun dia tidak pernah memandang rendah kemampuan pelawak baharu sepertinya. 

“Kami tahu pengalaman kami tak sebanyak mereka yang lebih lama dalam industri termasuklah Achey. Jadi bila kami lontarkan idea, mesti terdetik… ‘idea apa kau buat?’, ‘apa benda idea kau bagi ni?’. 

Nanas diumumkan sebagai juara MLS5.

“Tapi sepanjang beberapa minggu dengan Nanas, Achey tolak tepi ego dia. Dia ketepikan tahap seniornya dalam industri,” katanya kepada mStar.

Profesional sepanjang bekerjasama, Namie juga memberitahu ada ketika perbincangan anatara mereka menjadi tegang untuk memberikan yang terbaik kepada penonton. 

Dia akui pada awal bersama bimbang jika Achey tidak mahu menerima idea darinya yang kurang berpengalaman. 

ARTIKEL BERKAITAN: Prop Nanas di MLS5 hasil tangan sendiri, Achey sanggup keluar duit poket cecah lima angka

ARTIKEL BERKAITAN: Nanas juara Muzikal Lawak Superstar 5, bawa pulang RM150,000

“Awal-awal memang seram juga sebab kami ni budak baru. Macam mana Achey nak dengar cakap kita?,” ujarnya berseloroh.

Selain Namie dan Achey, kumpulan Nanas turut dianggotai oleh Shashic. 

Sementara itu, Achey pula menegaskan hubungan mereka bertiga sangat rapat sehingga mampu bergurau secara ‘kasar’ tanpa menyinggung perasaan masing-masing.

Achey ketepikan ego sebagai pelawak senior.

“Ini adik-adik saya. Bila mereka cadangkan saya sebagai ahli kumpulan, saya terima sebab kebanyakan kumpulan ada dua senior, tapi kami pula sebaliknya.

“Saya kena turunkan ego dan beri ruang mereka berkarya. Jujurnya, banyak idea atas pentas datang daripada mereka,” jelasnya.

Keserasian kumpulan Nanas terbukti apabila mereka diumumkan sebagai juara MLS5 yang membawa pulang hadiah wnag tunai RM150,000. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain