KUMPULAN Nanas yang dianggotai Achey, Namie dan Shashic diumumkan sebagai juara Muzikal Lawak Superstar musim kelima (MLS5) yang berlangsung di Royal Shah Alam Theatre, Selangor pada Sabtu.
Kemenangan itu melayakkan kumpulan itu membawa pulang hadiah wang tunai RM150,000 beserta trofi.
“Syukur ke hadrat Illahi, terima kasih kerana sentiasa menyokong ketika naik dan turun kami.

Nanas sebak diumumkan sebagai juara.
“Kepada isteri-isteri kami, terima kasih sentiasa menyokong dan terima kasih juga kepada Harith Iskander yang banyak membantu.
“Tahun ini adalah tahun terbaik buat kami,”kata kumpulan itu.
Pentas akhir MLS5 turut menyaksikan kumpulan Roda yang dianggotai Fad Bocey, Sharif Zero dan Naqiu diumumkan sebagai Naib Juara, sekali gus membawa pulang RM75,000 berserta trofi.
ARTIKEL BERKAITAN: Maryam You Narae diumum peserta MLS5, Bella Astillah pula duduk di kerusi juri
ARTIKEL BERKAITAN: Sarkas juara Muzikal Lawak Superstar 4, bawa pulang hadiah wang tunai RM150,000
Tempat ketiga pula menjadi milik Kimbab (Zulin , Maryam dan Nasz), manakala Puteh (Ali, Mamak dan Aretoy) berada di tempat keempat dengan masing-masing menerima RM50,000 dan RM25,000 beserta trofi.
Sementara itu, Anugerah Superstar Paling Gempak musim ini menjadi milik Namie daripada kumpulan Nanas.
Sepanjang lapan minggu bersiaran MLS5 diadili oleh Datuk Aznil Nawawi, Bella Astillah dan Zizan Razak.
Program terbabit dikendalikan oleh pengacara Datuk AC Mizal.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


