suria

“Awalnya mengandung?” – Neera Azizi pernah rasa tak sedia, anggap rezeki anak datang tepat pada masanya

Neera pernah ragu-ragu tentang kehamilannya terlalu awal daripada dijangka.

PELAKON dan penyampai radio, Neera Azizi berasa pelik apabila terdapat pihak yang mempersoalkan dirinya hamil terlalu awal selepas empat bulan mendirikan rumah tangga. 

Neera atau Nurazneera Azizi, 27, berkata, pada mulanya dia mengaku bimbang dan tidak menafikan pernah bertanya kepada diri sendiri sama ada sudah benar-benar bersedia untuk bergelar ibu.

Bagaimanapun, perasaan itu berubah apabila dia membaca luahan wanita di media sosial yang masih menantikan kehadiran zuriat. 

Luahan Neera di akaun Threads miliknya.

“Ada orang cakap ‘awalnya mengandung… dah sedia ke?’ Mula-mula, ya… memang pernah rasa macam awal sangat.

"Tapi bila hari-hari selalu baca Threads, ramai yang minta doakan untuk dapat zuriat dan ada yang kongsi cerita sudah bertahun-tahun tunggu tapi belum ada rezeki. Terus rasa bersyukur sangat Tuhan kurniakan anak secepat ini,” katanya.

Neera berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Threads miliknya pada Jumaat.

Jelas Neera, kesedaran itu membuatkan dia lebih menghargai rezeki kehamilan yang hadir secepat ini. 

ARTIKEL BERKAITAN: Neera Azizi bunting pelamin, gementar bakal bergelar ibu

ARTIKEL BERKAITAN: Neera Azizi kini bergelar isteri mutawif

Dalam masa sama, Neera turut menitipkan doa buat pasangan yang masih menantikan cahaya mata, selain mengingatkan setiap usaha akan dibalas pada waktu yang ditentukan Allah.

“Tak semua orang dapat anugerah seperti ini, terima kasih Ya Allah.

“Untuk yang masih menanti zuriat, Neera doakan anda semua dapat zuriat dalam masa terdekat, insya-Allah," ujarnya.

Untuk rekod, Neera mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Hafizi Mohd Noor pada 11 Julai lalu dan berkongsi kehamilannya yang sudah memasuki 20 minggu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Bung Moktar meninggal dunia