suria

[V] 2025 tahun duka, Kamal Adli akui rezeki datang tapi jiwa terasa kosong… “Ini soal hati”

REZEKI tak putus sejak kes pergolakan rumah tangga mendapat perhatian ramai, pelakon Kamal Adli memberitahu 2025 adalah tahun yang mencabar buat dirinya.

Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 40, bagaimanapun mengakui setiap rezeki yang datang sedikit sebanyak mengubati luka di hati. 

“Ramai ingat tahun ini dan tahun depan adalah tahun menyinar saya. Tapi jujurnya,tidak. Tahun ni sebenarnya tahun Abang Jamil (Que Haidar). Saya cuma menumpang. 

Rezeki melimpah ruah mengubati rasa kosong di hati Kamal.

“Sebenarnya tahun ini adalah tahun duka dan berat untuk ditempuh.  Saya hanya perlu terus bekerja tanpa henti. Cuma dalam melalui tempoh sukar ini, Allah bagi sedikit rezeki untuk buat saya senyum.

“Tapi saya tetap perlu teruskan. Saya seorang saja di rumah, itu yang buat semuanya terasa berat,” katanya kepada mStar.

Kamal ditemui mStar pada sesi Meet and Greet duta Jakel 2026 yang berlangsung di Jakel Kuala Lumpur pada Sabtu.

Menurut Kamal, dia bukan mahu meraih simpati ramai namun rezeki yang hadir dapat mengisi rasa kosong dalam rutin hariannya. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Macam mana kami support Fattah dulu, begitu juga buat Kamal”

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Kamal Adli minta Uqasha Senrose timbang rasa, beri ruang jumpa anak… Mahkamah perintah lantik JKP

“Susah untuk saya lalui sebab saya seorang saja di rumah sekarang. Semua dah tak seronok.

“Kalau tak shooting saya rasa masa saya dihabiskan di rumah saja. Mungkin saya akan mula melukis gambar kat dinding atau tiba-tiba belajar memasak. 

“Ada benda orang tak tahu dan saya tak perlu kongsi. Memang susah sebenarnya. Walaupun rezeki masuk, jiwa tetap kosong. Ini soal hati,”  luahnya.

Kamal (kanan) dilantik menjadi duta kempen raya Jakel untuk tahun 2026.

Pada 1 Oktober lalu, rumah tangga Kamal bersama Uqasha Senrose menjadi perhatian ramai apabila aktres tersebut memfailkan permohonan cerai pada 1 Oktober lalu atas alasan tiada persefahaman. 

Untuk rekod, Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dan dikurniakan seorang anak perempuan berusia 19 bulan.

Dalam perkembangan lain, Kamal meluahkan rasa syukur selepas diumumkan sebagai duta raya Jakel untuk tahun hadapan bersama Que Haidar dan Elly Mazlein.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Bung Moktar meninggal dunia