suria

Rashidi Ishak tegur pelakon ‘demand’ bayaran, minta semak dulu harga produksi

Rashidi minta pelakon minta bayaran ikut logik akal.

PELAKON Rashidi Ishak, menegur segelintir rakan industri yang didakwa meminta bayaran tidak masuk akal untuk drama tempatan.

Rashidi, 51, berkata pelakon seharusnya lebih rasional dalam menentukan harga, selain memahami kemampuan produksi tempatan yang jauh berbeza dengan syarikat gergasi antarabangsa.

"Pelakon-pelakon yang nak minta harga tinggi-tinggi untuk drama tempatan ini, boleh tak periksa dulu harga penerbit pasaran. Janganlah perasan sangat.

Teguran Rashidi kepada pelakon baru.

"Kalau stesen televisyen itu HBO, Cinemax ke bolehlah demand harga tinggi. Kalau takat drama penerbitan untuk RTM, TV3 dan Astro, tahu tak berapa stesen bayar kepada penerbit?," luahnya.

Dia berkongsi perkara itu menerusi hantaran di platfrom Thread miliknya pada Jumaat.

Rashidi turut menyifatkan bayaran hampir 20 peratus daripada keseluruhan kos produksi adalah sesuatu yang tidak sepatutnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak perlu tagih selebriti terkenal bersuara isu Gaza, Rashidi Ishak minta orang ramai hormati keputusan… “Mereka akan sokong jika ada sifat kemanusiaan”

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Rashidi Ishak bukan kritik tapi pandangan ikhlas, anggap Fazura bertuah dapat lebar sayap ke Indonesia

"Kalau nak bayar awak seorang saja dah sampai 20 peratus dari kos penerbitan, mana logik dia?," ujarnya.

Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai yang rata-rata bersetuju dengan pendapatnya itu.

Malah ada juga memberi pandangan tindakan tersebut membuatkan pihak penerbit memberi bayaran rendah terhadap pelakon veteran.

Ramai bersetuju dengan pendapat Rashidi.

"Paling kesian veteran dan pasukan produksi, kadang kena potong gaji dia orang.

"Macam sedih bunyinya, patutlah ramai pelakon dulu hidup biasa-biasa saja.

"Kru, logistik dan katering kena bayar juga. Ramai artis muda berlagak perasan macam dia pelakon Hollywood," antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain