suria
mStar - Urban.Versatil

Tak perlu tagih selebriti terkenal bersuara isu Gaza, Rashidi Ishak minta orang ramai hormati keputusan… “Mereka akan sokong jika ada sifat kemanusiaan” 

Rashidi menanggap masing-masing ada pendirian sendiri.

PELAKON Rashidi Ishak berpendapat orang ramai tidak seharusnya meminta golongan selebriti untuk bersuara tentang konflik yang berlaku di Semenanjung Gaza. 

Rashidi, 51, bagaimanapun berkata, sekiranya individu ternama itu mempunyai kesedaran terhadap isu yang berlaku mereka sendiri akan menunjukkan tanda sokongan di media sosial. 

“Kepada semua anda tidak perlu meminta golongan artis atau selebriti popular bersuara tentang isu di Gaza. 

Hantaran Rashidi di halaman Threads. 

“Jika mereka mahu (bersuara), mereka akan lakukan itu. Mereka (selebriti) akan menyokong Gaza sekiranya ada sifat kemanusiaan dalam diri,” katanya. 

Rashidi berkongsi perkara itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya pada Jumaat. 

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen seru selebriti tanah air bersuara isu Palestin, bukan sekadar ‘repost’ di media sosial

ARTIKEL BERKAITAN: Yuna hilang hampir 4,000 pengikut, tiada tawaran persembahan luar selepas lantang bersuara isu Palestin di media sosial

Menurut Rashidi,  sekiranya golongan berpengaruh itu tidak mahu membuat sebarang perkongsian secara umum di media sosial, dia meminta netizen untuk menghormati pilihan masing-masing. 

“Jika tidak, biarkan mereka. Kita harus kekal beradab dan menghormati satu sama lain,” ujarnya. 

Rashidi minta orang ramai untuk lebih menghormati keputusan orang lain. 

Sebelum ini, segelintir pengguna Threads tampil meninggalkan komen dan hantaran terbuka meminta selebriti tempatan agar tidak berdiam diri terhadap konflik yang berlaku di Palestin sehingga mengorbankan ribuan rakyat negara berkenaan. 

Malah mereka turut menekankan perkongsian semula (repost) berkenaan isu di Palestin tidak mencukupi sebaliknya mahu figura berpengaruh ini menunjukkan sokongan secara aktif termasuk menyebarkan maklumat tentang inisiatif yang sedang dijalankan Flotila Sumud Global.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain