suria

Bayaran bulanan murah, dekat dengan tempat kerja... Pemuda malu tapi terpaksa sewa rumah ‘mix gender’

Segelintir individu tidak kisah menyewa rumah dengan penghuni berlainan jantina. -Gambar hiasan AI

KOS sara hidup yang tinggi di bandar-bandar besar menyebabkan ramai anak muda terpaksa menyewa rumah dengan individu tidak dikenali.

Seorang pemuda meraih perhatian ramai selepas berkongsi kisahnya yang terpaksa hidup sebumbung dengan penyewa berlainan jantina.

"Macam mana ya untuk elak rasa malu? Aku duduk rumah sewa mix gender. Baru je masuk, ini kali pertama menyewa dengan jantina berbeza.

Ramai anak muda menyewa sebelum mampu membeli rumah sendiri. -Gambar hiasan AI

"Semua ada lapan penyewa. Aku dengan yang seorang lagi je lelaki, yang lain perempuan. Aku rasa malu nak keluar pergi ke dapur.

"Sumpah tiada niat jahat, memang terpaksa menyewa sebab rumah ini paling murah dan dekat dengan tempat kerja," tulisnya dalam hantaran di Threads pada Jumaat.

Menurut beberapa individu di ruangan komen, perkara tersebut semakin menjadi kebiasaan dalam masyarakat hari ini, terutamanya di kota raya.

  • Seorang lelaki mengaku terpaksa menyewa rumah yang bercampur jantina.
  • Dia berkata rumah itu murah dan berdekatan dengan tempat kerjanya.
  • Dia juga berdepan rasa malu setiap kali terserempak dengan penghuni wanita.
  • Ramai netizen beri nasihat agar dia berpindah dan cari rumah lain.

"Unit depan rumah saya pun mix gender. Sakit hati tengok lelaki dan perempuan bercampur. Nak sound tapi malas nak masuk campur.

"Aku menyewa mix gender dah dekat lima tahun. Bukannya berduaan dalam bilik. Kalau terserempak dekat dapur tu, just angkat kening dan senyum je la," tulis netizen.

Dalam pada itu, ramai pelayar Threads turut menggesa pemuda itu mencari unit kediaman lain yang hanya didiami oleh lelaki sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengusaha bilik sewa geram, rasa nak tampar individu minta menyewa mix gender! Tahu haram tapi jenis tak takut dosa

ARTIKEL BERKAITAN: “Walau bilik asing tetap haram!” - Gadis dedah realiti hidup di KL, rupanya rumah sewa campur jantina lebih murah

"Pindahlah bro. Murah tak murah, dapat gaji biarlah berkat. Elakkan fitnah.

"Tolonglah pindah keluar. Tuan rumah pun dah satu hal, tak tahu halal dan haram.

"Semoga dipermudah urusan awak berpindah ke tempat lain," tulis beberapa netizen.

Artikel Lain