NAMPAK biasa di mata masyarakat, namun hakikatnya suri rumah memikul tanggungjawab yang besar dalam menguruskan keluarga.Di Threads, seorang lelaki berkata dia mula membuka mata tentang peranan isterinya selepas mula bekerja dari rumah (WFH) beberapa tahun lalu. "Sepanjang WFH, satu benda paling buka mata aku ialah betapa besar pengorbanan isteri sebagai suri rumah. Aku tengok sendiri dia struggle setiap hari.Suami perlu menghargai pengorbanan isteri yang tidak tahu erti penat lelah dalam menguruskan keluarga. -Gambar hiasan AI"Jujur aku rasa kerja pejabat lebih mudah berbanding rutin dia di rumah. Struggle paling besar ialah jaga anak. Kalau seorang masih okey, tapi kalau dah tiga orang, tak menang tangan."Lepas tu bab pakaian anak. Ramai nampak ia benda kecil, tapi sebenarnya memenatkan. Seorang anak sekurang-kurangnya tukar baju dua ke tiga kali sehari," tulis lelaki itu.Menurutnya, dia kepenatan melihat isterinye menguruskan anak-anak di samping menyempurnakan tugasan lain seperti mengemas, memasak dan macam-macam lagi."Aku tengok dari jauh pun dah rasa penat. Bayangkan dia hadap setiap hari. Tenaga dan masa yang hilang tu sangat banyak.Seorang lelaki berkongsi tentang pengorbanan isterinya di aplikasi Threads.Dia mula membuka mata dan menyaksikan pengorbanan isterinya ketika bekerja dari rumah.Dia akui penat melihat isterinya menguruskan anak serta hal ehwal dalam kediaman mereka.Lelaki itu berkata dia sedih melihat masih ada individu memandang rendah suri rumah.Ringkasan ini dijana oleh AI"Bila fikir balik, patutlah ramai isteri cepat penat. Semua (tugas) ini dibuat sambil anak menangis, merengek dan minta perhatian."Paling sedih, masih ada orang pandang rendah pada suri rumah. Sebab tu kita suami kena jadi lelaki yang berfungsi, tolong apa boleh."Kadang isteri tak minta hadiah mahal pun. Cukuplah dia rasa tak berjuang seorang diri," tulisnya lagi.ARTIKEL BERKAITAN: Isteri dapat kemudahan WFH, suami ambil kesempatan suruh urus anak di rumah... Tak izin hantar pengasuh, jimat duit!ARTIKEL BERKAITAN: Staf Gen Z tak tahu diuntung! Gaji pokok RM4,000 sebulan, ada kemudahan WFH tapi tetap nak curi tulangPerkongsian Threads itu turut menerima pelbagai komen dan pandangan daripada golongan suri rumah."Saya pun buat dua-dua. Saya bekerja dari rumah dan pada masa sama, saya juga suri rumah. Hanya Allah yang tahu betapa susahnya."Alhamdulillah dapat suami memahami. Kalau kita tak masak, dia ajak makan luar. Kalau penat, dia ajak tidur."Ya, suri rumah nampak rumah sebagai tempat kerja. Hanya kita yang tahu penatnya macam mana," tulis beberapa wanita.