suria

Pelanggan buang burger dibeli... Loya tengok peniaga pakai ‘glove’ sentuh tong sampah, terus pegang roti - “Maaf aku geli”

Burger menjadi menu pilihan orang ramai terutamanya pada waktu malam. -Gambar hiasan AI

TINDAKAN seorang peniaga burger di tepi jalan memegang penutup tong sampah walaupun memakai sarung tangan membuatkan seorang wanita berasa loya.

Cerita wanita tersebut, lebih menjijikkan peniaga itu terus memegang beberapa bahan makanan untuk membuat burger yang memutuskan seleranya.

Disebabkan itu, dia terpaksa membuang makanan yang dibeli kerana merasakan ia tercemar dan berasa geli dengan sikap pengotor peniaga.

Peniaga tidak sepatutnya merokok ketika mengendalikan makanan. -Gambar hiasan AI

"Aku berhenti di sebuah kedai burger. Peniaga itu pun bangun dan ambil sarung tangan hitam. Sarung tangan itu diambil dari atas meja yang ada rokok dan air.

"Selepas pakai sarung tangan, dia pegang pisau, roti dan sayur. Lepas itu ambil botol sos. Kemudian dia pegang tong sampah. Lepas tu dia pegang roti burger pula. 

"Dah siap bayar, aku balik rumah. Sampai je rumah, aku buang. Maaflah aku geli. Bukan tak hargai makanan tapi geli," tulis wanita itu di Threads.

  • Seorang pelanggan tular di aplikasi Threads selepas kongsi kisah peniaga burger pengotor.
  • Dia mendakwa peniaga itu memakai sarung tangan hitam ketika mengendalikan makanan.
  • Peniaga itu juga didakwa menggunakan sarung tangan sama ketika menguruskan sisa sampah.
  • Pelanggan itu berkata dia terpaksa membuang burger berkenaan kerana sudah hilang selera.

Tambah wanita itu, dia tidak berniat untuk menutup pintu rezeki peniaga berkenaan, sebaliknya membuat teguran demi kebaikan bersama.

Di ruangan komen, beberapa lagi individu turut berkongsi pengalaman hampir sama yang dilalui mereka ketika membeli burger di gerai-gerai tepi jalan.

"Saya pun pernah buang burger yang dibeli. Saya nampak peniaga tu tak basuh telur. Ada tahi ayam dekat telur tu. Memang rasa loya.

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga pengotor! Wanita loya tekak jumpa gumpalan dedak saiz bola pingpong dalam ayam panggang

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas najis kucing tepi ‘oven’, singki berlendir rendam pinggan tak basuh! Pelanggan melopong tengok dapur peniaga kuih tradisional

"Ada juga peniaga tak pakai sarung tangan. Tangan dia pegang daging burger, kemudian pegang rokok dan botol sos pula," tulis netizen.

Beberapa lagi individu turut menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap peniaga yang merokok ketika mengendalikan makanan.

"Paling tak suka beli makanan dengan perokok. Hisaplah rokok selepas berniaga, bukannya merokok sambil berniaga.

"Merokok tu dah satu hal, kemudian pegang pula makanan. Tak semua macam ini tapi memang ada," tulis netizen lagi.

Artikel Lain