KESEMPATAN berkunjung ke rumah seorang peniaga kuih-muih tradisional bagi mengambil tempahan akhirnya membuka mata dan mengubah persepsi wanita ini sebagai pembeli.
Menerusi perkongsian panjang lebar di Thread, wanita itu berkata peniaga berusia lewat 50-an berkenaan adalah kenalan surau ibu saudaranya.
"Ada satu hari tu aku tempah kuih untuk majlis tahlil. Dia tak sempat nak hantar jadi aku tawar diri nak pergi ambil. Sampai depan rumah, bau tahi ayam tapi aku okey je sebab kawasan kampung jadi boleh fahamlah.

Kebersihan perlu dijaga terutama jika kita menjual makanan. -Gambar hiasan AI
"Masuk dalam rumah dia aku okey je. Biasalah rumah, bukan bilik pameran. Tapi masa masuk dapur dia aku nampak ada tiga bekas pasir kucing yang bertutup di tepi ketuhar.
"Aku dah kemam air liur kerana siap ada 'harta karun' (najis) dalam tu. Aku tengok ada juga kucing-kucing berlegar-legar dalam dapur basah dia," ujar wanita itu mengimbas apa yang dilihatnya.
Tambah wanita itu lagi, hati dan fikirannya semakin berkecamuk tatkala matanya terarah ke sinki.
ARTIKEL BERKAITAN: Letak celah kangkang, bawah punggung! Wanita terkejut tengok rider kendali 'order' pelanggan... Pertikai kebersihan, kualiti makanan
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita terkejut tengok peniaga kedai kegemaran celup paket minyak masak dalam kuali panas - “Tapi gorengan dia sedap, rangup”
"Aku terpandang sinki dia, timbunan pinggan mangkuk bercampur seperti tiga hari tak basuh, berlendir. Kuali pinggan semua bertindih dengan cawan-cawan.
"Semua berminyak yang dah lama terendam sampai keluar-keluar daripada sinki. Aku tengok kat dapur dia ada juga talam-talam belum basuh. Sebelah talam ada periuk berisi nasi yang basi dan berkulat.
"Masa tu memang aku tak boleh tahan dah. Aku jadi pening dan terus cakap tak boleh tunggu lama sebab ada banyak hal," jelasnya.
- Wanita trauma selepas melihat sendiri dapur kotor peniaga kuih langganannya.
- Makcik berusia lewat 50-an itu sebelum ini terkenal dengan kuih sedap dan sering menghadiahkan makanan.
- Bekas pasir kucing terbuka, pinggan mangkuk bertimbun dan periuk berkulat antara yang didakwa dilihat.
- Dia pulang dalam keadaan terkejut dan rasa bersalah untuk hidang kuih tempahan kepada tetamu.
- Keluarganya sepakat untuk tidak lagi membeli daripada peniaga tersebut walaupun makcik itu memiliki sijil pengendalian makanan.
Namun langkah wanita itu terhenti apabila suami kepada penjual kuih berkenaan mengajaknya untuk melihat kandang ayam milik mereka.
"Keadaan kandang dia tak mampu aku nak terangkan. Bayangkan je la macam mana. Tapi belakang kandang tu depan rumah jiran tau. Aku bersimpati dengan jiran tu.
"Patutlah lalat dekat dapur tu boleh tahan (banyak) ingat sebab pasir kucing tu," katanya lagi.
Menurut pengadu, apa yang disaksikannya membuatkan dia serba salah untuk menjamu tetamu di majlis tahlil dengan kuih-muih hasil air tangan peniaga terbabit.

Haiwan yang tinggal di dalam rumah boleh menjadi punca persekitaran menjadi kotor jika tidak dicuci. -Gambar hiasan AI
"Balik tu aku letak kuih atas meja dan terdiam. Aku rasa serba salah nak bagi tetamu makan kuih tu tapi aku tak mampu nak cakap. Aku terfikir selama ni beli dekat dia. Aku terbayang apa aku tengok masa di rumah dia," katanya lagi.
Sejak daripada hari berkenaan, dia dan keluarganya sudah tidak memesan kuih atau apa sahaja jualan hasil air tangan peniaga terbabit atas faktor kebersihan dan kesihatan.
Namun ujar wanita terbabit, dia difahamkan peniaga itu memiliki Sijil Pengendalian Makanan dan kerap menghadiri kursus-kursus berkaitan namun malangnya ia tidak dipraktikkan dengan baik.


