suria

Rakan FB lebih cantik dan kaya tapi asyik nak bersaing, bermegah tanpa sebab - "Beli kasut kat anak, tanya ori ke?"

Sikap gemar membanding kehidupan orang lain wajar dihindari. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita meluahkan pengalaman kurang menyenangkan selepas kenalannya di Facebook didakwa gemar bermegah dan sering merendah-rendahkan dirinya dalam setiap perbualan.

Menurutnya, individu berkenaan sering membeli sarapan di gerai ibunya dan disebabkan itu mereka mula berkawan di Facebook.

Namun, setiap kali dia memuat naik hantaran di laman sosial itu pasti akan barlaku interaksi yang kurang menyenangkan daripada individu tersebut.

Perkongsian di media sosial ada kalanya boleh menyebabkan ada pihak yang kurang senang. -Gambar hiasan AIPerkongsian di media sosial ada kalanya boleh menyebabkan ada pihak yang kurang senang. -Gambar hiasan AI

Katanya, apa sahaja yang dikongsi mengenai anaknya, pasti akan dibandingkan.

"Aku pernah kenal dengan perempuan ni. Ditakdirkan anak kami sebaya. Aku share anak minum susu, dia akan kata anak dia tak boleh minum susu biasa, kena minum susu khas.

"Aku beli kasut Nike, dia tanya made in mana, betul ori ke? Aku beli baju kat Ninso, dia sibuk kata anak dia pakai baju kat butik je, kulit sensitif.

"Aku share anak aku jarang sakit, selalu buat grounding. Dia 'panas' juga kata pergi mampuslah  sebab anak dia kerap demam. Dia kenapa eh?" katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bagi seorang seringgit guys” - Pengguna Facebook hilang rasa malu, mengemis derma orang ramai nak bayar hutang RM4,700

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar IPTA berlapar, terdesak rayu sumbangan beli makanan di Facebook... Siap kongsi data kad matrik elak dituduh scammer

Tambahnya, individu itu juga pernah menghantar mesej peribadi kepadanya dengan bertanya soalan-soalan pelik.

"Dia mesej di Facebook tanya yang muka pucat kurus-kurus tu awak kan? Walhal aku ni kalau tolong mak berniaga akan bersiap dengan memakai gincu, bedak lagi. 

"Aku cakaplah aku ni gemuk 100 kilogram (kg), kalau kurus tu kakak aku. Dia kenapa sebenarnya? Kami ni friend dekat Facebook je. 

"Sampai kawan-kawan aku dekat Facebook tu perasan kewujudan dia, dia suka komen dekat post aku, bermegah-megah kat situ," katanya.

  • Wanita dakwa kenalan FB suka bangga diri dan merendahkan setiap perkongsiannya.
  • Apa sahaja tentang anak, pakaian atau barangannya pasti dibandingkan.
  • Dia turut terima mesej pelik mengenai rupa dan fizikalnya.
  • Kenalan itu lebih berada namun tetap gemar bermegah di ruangan komen.
  • Netizen kata ada individu memang suka ‘downgrade’ orang lain.

Wanita itu mengakui kenalannya lebih cantik, lebih berada dan anaknya juga kacukan hasil perkahwinan dengan lelaki bukan Melayu. 

"Boleh kata aku ni tak setaraf dengan dia. Tapi kenapa?" katanya yang memaklumkan individu terbabit juga secara tiba-tiba menyekatnya di media sosial.

Reaksi warga mayaReaksi warga maya

Sementara itu, menurut netizen sikap merendah-rendahkan orang lain tanpa sebab memang wujud dalam diri segelintir pihak.

"Orang macam ni dia cari org lain yang dia boleh downgrade dan buat dia rasa sentiasa berada di atas dan sebab tu dia tak compare diri dia dengan orang yang lebih daripada dia.

"Sebab tu saya tak suka kalau ada kenalan yang saya kenal sebaya dengan anak. Sebab akan jadi bahan perbandingan," katanya.

 

Artikel Lain