suria

Wanita lapor polis makcik sengaja patahkan cincin emas baru dibeli... Alasan nak uji ketulenan, padahal busuk hati

Harga emas yang kian mahal menyebabkan ramai kurang mampu memilikinya. -Gambar hiasan AI

BARANG kemas sememangnya menjadi kesayangan ramai wanita kerana ia bukan sahaja cantik sebagai perhiasan diri dan mempunyai nilai, tetapi juga simbol penghargaan diri.

Namun bagi seorang wanita, kegembiraan memiliki cincin emas pertama bertukar menjadi pengalaman menyedihkan apabila mendakwa aksesori itu sengaja dirosakkan. 

Menurut rakan kepada wanita berkenaan, individu yang merosakkan cincin tersebut bukanlah orang asing sebaliknya ahli keluarga terdekat.

Wanita dan barangan kemas tidak dapat dipisahkan. -Gambar hiasan AIWanita dan barangan kemas tidak dapat dipisahkan. -Gambar hiasan AI

"Aku speechless malam ni. Kawan aku call menangis-nangis beritahu makcik dia sengaja penyekkan cincin emas dia baru beli.

"Itu cincin emas pertama dia tau," kongsi wanita itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu senyum kelat, lepas 2 tahun baru buka cerita terbuang koleksi emas anggaran nilai 300K

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga TikTok tak berhati perut jual emas 0.002 gram pada harga RM30 seunit! Sekelip mata dapat RM15,000 segram

Cerita wanita itu, rakannya sudah lama tidak pulang menziarahi nenek dan secara kebetulan bertemu dengan ibu saudaranya ketika berada di kampung.

"Bila salam terus makcik dia tegur eh dah pandai pakai barang kemas dah sekarang. Lepas tu minta nak pegang.

"Makcik dia kemudian terus penyek (cincin) dan buat muka tak bersalah, dia kata kalau cincin tu emas padu buat apa pun tak patah. Sekali patah dua," katanya.

  • Wanita sedih satu-satunya cincin emas dibeli sengaja dipatahkan oleh makcik.
  • Insiden berlaku ketika pulang menziarahi nenek.
  • Makciknya menekan cincin hingga penyek dan patah dua.
  • Netizen mendakwa perbuatan itu berpunca daripada sikap cemburu.
  • Ramai saran makcik bertanggungjawab menggantikannya.

Tambahnya, rakannya itu turut membuat laporan polis gara-gara kes tersebut.

"Beruntungnya pegawai penyiasat yang ambil kes ni kenalan jadi memang rezeki boleh selesai. Makcik dia kena bayar ganti rugi cincin tu dalam kadar segera," katanya. 

Warga maya geram dengan sikap makcik wanita tersebut.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang mendakwa ibu saudara rakannya itu mempunyai sifat hasad dengki dan pada masa yang sama mengakui dia wajar menggantikan semula emas yang telah dirosakkan.

"Busuknya hati makcik dia tu. Kalau makcik aku ni aku tuntut dia ganti. Murah kat mata dia kan, jadi bayar la.

"Kau sibuk nak banding emas zaman dulu dengan zaman sekarang. Tengok la harga emas dulu, satu gram pun murah. Sekarang kau mampu tak beli?" antara komen netizen.

 

Artikel Lain