suria

Bukan sombong tapi elak tambah dosa! Suami buka cerita punca isteri enggan bersosial sesama jiran

Lumrah hidup berjiran pastinya ada kumpulan yang suka mengumpat. -Gambar hiasan AI

PERANGAI suka mengumpat dan jaga tepi kain orang lain menjadi penyebab seorang wanita enggan bergaul dengan jiran tetangga di kawasan kediamannya.

Menurut cerita suaminya menerusi perkongsian di Thread, setiap kali berjumpa sesama jiran, pertemuan itu pasti bertukar menjadi sesi mengumpat. 

Lebih membimbangkan, ada juga jiran yang cuba menimbulkan keraguan terhadap pasangan masing-masing.

Aktiviti riadah bersama keluarga lebih bermanfaat daripada berkumpul kemudian mengumpat. -Gambar hiasan AIAktiviti riadah bersama keluarga lebih bermanfaat daripada berkumpul kemudian mengumpat. -Gambar hiasan AI

"Antara sebab isteri aku tak suka berkumpul dengan jiran tetangga wanita ialah kerana kumpulan tu akan mengumpat jiran lain.

"Kemudian, ada antara jiran tu akan cuba buat isteri aku skeptikal dengan suami sendiri," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga guru wanita rancak mengumpat anak murid, siap gelak sambil makan di kedai… Paling sedih sampai hina punca rezeki bapa pelajar!

ARTIKEL BERKAITAN: Stres setiap kali nak balik kerja! ‘Housemates’ marah-marah, label sombong sebab tak ‘join’ mengumpat

Dia turut menceritakan satu kejadian apabila seorang jiran mendakwa terdengar anak mereka menangis. 

"Pernah sekali jiran sembang dengan isteri aku... katanya ada dengar anak kami menangis. 

"Lepas tu depan isteri aku dia jeling dan menunjuk kat aku seolah-olah aku ni ada buat sesuatu salah pada anak aku," katanya.

“Sedangkan anak dia sendiri pun selalu menangis ketika dijaga suaminya. Kami tak pernah pula sibuk atau membuat andaian buruk,” katanya.

  • Seorang suami berkongsi punca isterinya enggan berkumpul dengan jiran wanita.
  • Isterinya tidak suka suasana yang sering bertukar menjadi sesi mengumpat.
  • Beberapa jiran dikatakan cuba menimbulkan keraguan terhadap pasangannya.
  • Suami menegaskan mereka tidak pernah campur urusan keluarga jiran.
  • Demi mengelak dosa mengumpat dan fitnah, isteri kini menjauhkan diri dari kumpulan jiran wanita.

Katanya lagi, demi mengelakkan fitnah dan dosa mengumpat, isterinya kini memilih untuk tidak lagi berkumpul dengan kelompok jiran wanita tersebut.

"Sebelum ni isteri ada cuba tukar topik bila mereka mula mengumpat, tapi macam tu juga tak berubah," katanya.

Sementara itu, netizen memaklumkan sikap sedemikian adalah lumrah dalam hidup berjiran.

"Memang akan jumpa seorang dua perangai begini. Baik jaga jarak, lebih baik orang kata kita sombong daripada timbul masalah dikemudian hari. Sebab nak duduk situ pun bukan sehari dua," katanya.

Artikel Lain