suria

Tiada penyakit, ’skincare’ pun tak pakai... Nenek usia 107 tahun dedah rahsia panjang umur, paling penting memori masih tajam!

Ding yang berusia 107 tahun hidup bebas tanpa sebarang penyakit.

SEORANG wanita berusia 107 tahun mencuri perhatian ramai kerana masih sihat dan bertenaga seperti orang muda walaupun usianya sudah mencecah lebih satu abad. 

Dikenali sebagai 'nenek awet muda' dalam kalangan netizen, Ding Guijuan dari Cixi di wilayah Zhejiang, China tular selepas kisahnya dikongsi di media sosial.

Dalam satu temu bual, Ding berkongsi beberapa amalan harian yang ringkas tetapi konsisten, dipercayainya membantu dia kekal sihat dan panjang umur.

Petua yang diamalkan:

1. Mengamalkan diet vegetarian dan pemakanan sihat sejak sekian lama.

2. Menjaga rutin tidur yang baik serta makan dengan teratur.

3. Sentiasa berfikiran positif dan menjalani hari dengan gembira.

4. Tidak pernah menggunakan produk penjagaan wajah, namun masih mempunyai kulit yang baik.

5.Memilih makanan ringkas dan sihat yang dimasak di rumah sebagai rutin harian.

Sayur merupakan salah satu elemen penting dalam pemakanan manusia. -Gambar hiasan 

Dalam pada itu, anaknya, Chen Xingchao, 84, berkata fizikal Ding juga masih kuat, malah ingatannya sangat tajam.

Pemeriksaan kesihatan juga menunjukkan keadaan kesihatannya berada pada tahap yang baik secara keseluruhan. 

Menurut anaknya lagi, Ding tidak mempunyai sebarang penyakit yang sering dialami oleh kebanyakan warga emas.

Selepas tularnya kisah Ding, ramai netizen memuji keadaan kesihatannya serta cara dia menjalani kehidupan. 

Menurut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China, purata jangka hayat rakyat kini mencapai 79.25 tahun.

Ia sekali gus mencerminkan peningkatan berterusan dalam tahap kesihatan dan kualiti hidup penduduk negara itu. -Agensi

Artikel Lain