suria

Tak senang duduk syarikat bakal buang pekerja... Jangan panik! Kenali ‘value’ diri, buat persediaan 3 perkara ini

Pekerja pastinya risau apabila mengetahui syarikat berada dalam keadaan tidak stabil. -Gambar hiasan AI

APABILA timbul khabar angin tentang pengurangan pekerja atau pemberhentian staf, perasaan risau memang sukar dielakkan. 

Walaupun belum ada pengesahan rasmi, ia membuatkan pekerja tidak senang duduk dan tertanya-tanya tentang masa depan mereka.

Namun, persediaan awal boleh membantu kita mengurangkan tekanan emosi, sekali gus mempersiapkan diri jika ia nama 'naik' untuk diberhentikan.

Dalam keadaan seperti ini, fokus utama bukan sekadar menunggu pengumuman, tetapi memahami langkah yang boleh diambil untuk melindungi diri sendiri.

Berikut adalah beberapa perkara yang boleh dilakukan:

Pekerja boleh meletakan jawatan sekiranya mereka mula ragu-ragu dengan hala tuju serta masa depan syarikat. -Gambar hiasan AI

1. Kumpul maklumat

Langkah pertama adalah cuba memahami situasi sebenar, kebiasaannya syarikat besar akan mengeluarkan kenyataan media mengenai saiz dan skop pemberhentian pekerja yang akan berlaku. 

Jika anda bekerja di syarikat kecil yang tidak mempunyai liputan media, itu juga tidak mengapa.

Manfaatkan keterbukaan, komunikasi yang jelas dan akses kepada pihak pengurusan yang biasanya ada dalam organisasi kecil.

Jika ketua anda atau pihak pengurusan berkongsi maklumat secara terbuka, anda boleh bertanya soalan seperti berikut:

Adakah akan berlaku pemberhentian pekerja?

Bagaimana keputusan itu dibuat?

Siapa yang membuat keputusan tersebut?

2. Kenal pasti nilai diri

Ambil masa untuk sedar bahawa anda sebenarnya membawa nilai yang besar kepada syarikat. 

Jika anda ragu ragu, terutama apabila timbul rasa tidak yakin terhadap diri sendiri, cuba ingat semula segala pencapaian lama.

Kumpulkan penilaian prestasi kerja, ingat semula maklum balas daripada ketua dan fikirkan bagaimana kerja anda memberi kesan kepada kejayaan syarikat. 

Tulis sumbangan dan pencapaian anda secara jelas, lebih baik jika disertakan dengan angka atau data.

Fikirkan juga bagaimana anda pernah bekerjasama dengan pelbagai jabatan dan bagaimana kemahiran anda boleh digunakan dalam pelbagai situasi syarikat. 

3. Mula hubungi kenalan

Daripada hanya menunggu dengan perasaan cemas, mula hubungi rangkaian kenalan profesional anda, kemas kini resume dan perkemaskan profil LinkedIn. 

Artikel Lain