ORANG ramai sering menggunakan media sosial untuk bertanyakan soalan-soalan yang menghantui minda mereka. Seorang wanita turut mengadu di platform Reddit tentang bilik tidur anak lelakinya yang disifatkan berbau pelik seperti kerepek jagung. "Adakah remaja lelaki memang biasanya berbau kuat begini? Anak saya yang berusia 13 tahun sangat berbau."Anak saya kini sedang melalui fasa pertumbuhan pesat dan saya menyedari bau badannya tiba-tiba menjadi sangat ketara."Biliknya berbau seperti kerepek jagung. Saya dah cuci semuanya, tapi bau itu masih melekat dalam biliknya," tulis wanita itu.Ibu bapa perlu bersedia untuk menghadapi fasa anak-anak membesar ke usia remaja. -Gambar hiasan AISaranan orang ramaiPerkongsian wanita itu menerima respon daripada ramai ibu bapa yang berkongsi bau kerepek jagung itu berpunca daripada pembiakan yis pada tubuh anak lelaki mereka.Ramai menyarankan agar meminta anak lelaki mereka mandi dengan bersih termasuk memastikan setiap celah dan lipatan pada badan disabun serta dikeringkan dengan baik."Selain itu, perkara yang sama penting tetapi sering diabaikan ialah mengeringkan badan dengan betul dan sepenuhnya."Kita selalu anggap ia selesai dengan tuala, tetapi ramai yang tidak mengeringkan bahagian lipatan sepenuhnya sebelum memakai pakaian. "Ia bukan hanya berlaku pada individu berbadan besar walaupun itu biasa, tetapi juga pada bahagian yang sukar dicapai," tulis individu itu pula.Seorang lagi lelaki turut berkongsi pandangannya tentang masalah itu."Saya juga pernah jadi remaja lelaki. Ia memang berlaku secara tiba-tiba. Baunya memang kuat. Pastikan dia kerap mandi, sentiasa guna sabun dan pencuci badan, serta membasuh pakaian. "Yang terakhir itu sangat penting kerana pakaian boleh memerangkap bau, terutamanya hoodie dan jaket yang jarang dibasuh berbanding pakaian lain," pesan lelaki itu.