suria

Wanita terkejut tengok peniaga kedai kegemaran celup paket minyak masak dalam kuali panas - “Tapi gorengan dia sedap, rangup”

Ada individu mengaku pernah melihat 'amalan' segelintir peniaga yang melarutkan paket minyak masak untuk menjadikan gorengan lebih rangup. -Gambar hiasan AI (kiri)

KECOH di laman sosial mengenai perkongsian warga maya yang mendakwa wujud segelintir peniaga makanan yang melarutkan peket minyak masak ketika memanaskan kuali, sehingga menimbulkan kebimbangan ramai.

Mengakui kebenaran perkara tersebut, seorang individu tampil berkongsi mengenai sisi gelap peniaga makanan yang sebenarnya tidak diketahui ramai.

"Lapan tahun dah mengajar kursus Latihan Pengendali Makanan. Semua sisi gelap peniaga makanan ni dalam tangan aku je. Bukan aku minta, diorang yang bercerita.

Pelanggan dinasihatkan untuk lebih berhati-hati ketika membeli makanan. -Gambar hiasan

"Hal ini (larutkan peket minyak masak) adalah salah satunya. Ramai kata konoha (warga asing) yang banyak buat macam ni, tapi percayalah aku pernah nampak depan mata sendiri. 

"Dia buka plastik minyak tak pakai gunting. Dia celupkan saja plastik tu sikit dalam minyak untuk bagi terbuka. Boleh awak bayangkan dakwat dan plastik yang masuk sekali dalam gorengan tu? Belum lagi tengok warna minyak dia," tulisnya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga pengotor! Wanita loya tekak jumpa gumpalan dedak saiz bola pingpong dalam ayam panggang

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda persoal peniaga buka tempahan makanan untuk infaq, anggap ‘jual’ agama - “Scammer paling susah nak kantoi”

Menurut individu tersebut, jika sebelum ini hanya mendengar cerita namun kejadian yang berlaku di hadapan mata sendiri membuatkan dia serik untuk menjamu selera di kedai berkenaan.

"Sudahlah kedai favourite aku masa tu dan tak dinafikan goreng-goreng dia semua sedap, masih rangup walaupun dah sejuk. 

  • Seorang individu yang mengajar kursus Pengendali Makanan mendedahkan ada peniaga melarutkan peket minyak masak dalam kuali.

  • Dia pernah melihat sendiri peniaga mencelup plastik minyak ke dalam minyak panas.

  • Kejadian itu membuatkan dia serik makan di kedai berkenaan biarpun ia kedai kegemarannya.

  • Dia menasihatkan orang ramai supaya lebih peka ketika membeli makanan.

  • Netizen berkongsi pengalaman sama, malah ada yang mengaku pernah melakukannya tanpa sedar ia membahayakan kesihatan.

"Nasihat aku pada semua, melilau-lilaulah sikit mata tu semasa membeli atau makan. Tak kena tak apalah, dah kena pasti serik," tulisnya lagi.

Di ruangan komen, ada antara warga maya yang turut berkongsi pengalaman serupa malah mengaku pernah melakukannya tanpa mengetahui bahaya di sebalik amalan berkenaan.

"Awak pernah nampak, saya pula pernah buat. Masa tu tiada ilmu. Saya kerja part time bazar Ramadan. Mereka leburkan plastik dalam minyak untuk  goreng ayam... 10 tahun lepas saya sedar benda ni salah.

Reaksi netizen terhadap perkongsian berkenaan.

"Ini antara sebab aku jarang pergi pasar malam, ekspo makanan. Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dulu tolong pakcik dekat pasar malam, macam-macam yang dilihat.

"Kenapa malas sangat nak buka plastik dengan gunting. Inilah punca penyakit," komen netizen.

Sebagai peringatan, apabila plastik terdedah pada suhu tinggi, ia boleh melepaskan bahan kimia berbahaya seperti dioksin yang berpotensi menyebabkan kanser, merosakkan organ dalaman dan mengganggu sistem hormon manusia.

Justeru amalan menggoreng makanan bersama plastik mendedahkan diri kepada risiko kesihatan serius.

Artikel Lain